Rapper, Altimet akhirnya mengotakan janjinya untuk berhenti bergelar penghibur berkuat kuasa serta merta, semalam.
Katanya, hari ini merupakan hari terakhirnya bergelar seorang rapper dan mengumumkan dirinya tidak akan lagi menyanyi selepas ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Altimet menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Hari last aku dekat bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, itu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku. Aku tutup akun aku tutup buku aku tutup mulut aku mintak diri dulu,” tulisnya.
Tambah Altimet, sekiranya peminat mendengar lagu barunya selepas ini, itu bermakna lagu tersebut telah dirakam sebelum dia bersara daripada bidang nyanyian.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Altimet supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu dan ada juga yang menghormati keputusan drastik penyanyi tersebut.
Jika benar Altimet bersara terus daripada bidang nyanyian, maka hilanglah satu bintang dalam arena rap tempatan. Apa-apa pun, kita harus tetap menghormati keputusan Altimet itu dan semoga kehidupannya selepas ini akan bertambah baik hendaknya.
Foto: Instagram Altimet
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI