Umum mengetahui bintang antarabangsa terkenal, Katy Perry, 37, merupakan tunang kepada pelakon popular, Orlando Bloom,45. Pasangan ini mula menjalin hubungan sejak tahun 2016 sebelum bertunang pada Februari 2019.
Ramai yang tertanya-tanya mengapakah pasangan ini belum berkahwin sedangkan mereka sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisah selepas Katydilihat tidak memakai cincin pertunangan dan tidak menghadiri Met Gala bersama Orlando awal bulan ini.
Walau bagaimanapun, juri rancangan American Idol ini menyangkal segala gosip liar dengan menyatakan mereka masih bersama bahkan hidup bahagia.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse ini menjelaskan bagaimana mereka saling melengkapi, kerana Orlando mengekalkan sikap positif pada setiap masa, sedangkan dia lebih ‘terdedah kepada kemurungan’.
Dalam satu sesi temu bual bersama Chelsea Handler di podcast Dear Chelsea, Katy menjelaskan yang dia selalu tberfikir bagaimanakah Orlando boleh menceriakan suasana dan ramai orang tertanya-tanya apakah yang dia miliki.
Ads
Ujarnya, “Dia benar-benar gembira, aura positif manakala saya seorang yang mudah pening dan boleh mudah terdedah kepada kemurungan. Jadi adalah baik untuk saya berada bersama dengannya kerana dia membuatkan saya tidak terlalu terfikir tentang perkara yang mengganggu fikiran.”
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi yang dia dan Orlando menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantu mereka menjadi lebih baik sebagai pasangan.
“Pasangan anda biasanya melihat sisi terbaik dan sisi terburuk anda kerana mereka berada di sana untuk menjadi cerminan kepada diri kita, Orlando dan saya melakukan terapi pasangan, dan kami menyukainya kerana ia membuatkan kami sentiasa senada dalam apa jua yang dilakukan, dan rasa dendam boleh menjadi sangat kuat apabila anda berdua bekerja keras.
“Tuhan memberkati orang yang berjaya dalam perhatian, jadi apabila anda ingin kembali menjadi normal seperti orang lain yang mana anda mempunyai anak dan sebagainya, anda perlu benar-benar belajar bagaimana untuk menjadi jenis yang berbeza di luar sana dalam dunia yang besar dan juga kecil. Oleh itu, kami mempunyai banyak kejayaan dengan terapi pasangan itu,” jelasnya panjang.
Ads
Sekadar informasi, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada 26 Ogos 2020. Selain itu mereka turut membesarkan Flynn Bloom,11, yang merupakan anak Orlando bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sebentar tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal era lewat 90-an, Kumin pada tengah hari tadi.
Menurut laporan Astro Awani, berita sedih tersebut disahkan sendiri oleh rakan baiknya , Yank Kassim.
Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 49 tahun di kediamannya yang terletak di Taman Lembah Maju, Ampang.
“Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.
“Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.
“Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,” kata Yank.
Sebelum ini, Kumin pernah dimasukkan ke hosptal selepas mengadu mengalami kebas anggota badan dan serangan angin pasang.
Allahyarham telah dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.
Terdahulu, Kumin pernah mencipta nama menerusi kumpulan duo yang diberi nama KU2 bersama seorang lagi rakan baiknya allahyarham Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.
Kumpulan KU2 pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mempunyai percanggahan dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, Nabila berpendapat anak perlukan hak sebaiknya dari segi kasih sayang ibu dan bapa.
“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.
“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.
“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.
“Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya jujur.
Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia juga banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.
“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.
“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!