Akui Senang Alami Kemurungan, Katy Perry Puji Orlando Bloom Kerana Pandai Meredakan Masalah Yang Dihadapinya

Share

Umum mengetahui bintang antarabangsa terkenal, Katy Perry, 37, merupakan tunang kepada pelakon popular, Orlando Bloom,45. Pasangan ini mula menjalin hubungan sejak tahun 2016 sebelum bertunang pada Februari 2019.

Ramai yang tertanya-tanya  mengapakah pasangan ini belum berkahwin sedangkan mereka sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisah selepas Katydilihat tidak memakai cincin pertunangan dan tidak menghadiri Met Gala bersama Orlando awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, juri rancangan American Idol ini menyangkal segala gosip liar dengan menyatakan mereka masih bersama bahkan hidup bahagia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse ini menjelaskan bagaimana mereka saling melengkapi, kerana Orlando mengekalkan sikap positif pada setiap masa, sedangkan  dia lebih ‘terdedah kepada kemurungan’.

Dalam satu sesi temu bual bersama Chelsea Handler di podcast Dear Chelsea, Katy menjelaskan yang dia selalu tberfikir bagaimanakah Orlando boleh menceriakan suasana dan ramai orang tertanya-tanya apakah yang dia miliki.

Ujarnya, “Dia benar-benar gembira, aura positif manakala saya seorang yang mudah pening dan boleh mudah terdedah kepada kemurungan. Jadi adalah baik untuk saya berada bersama dengannya kerana dia membuatkan saya tidak terlalu terfikir tentang perkara yang mengganggu fikiran.”

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi yang dia dan Orlando menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantu mereka menjadi lebih baik sebagai pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry Menang Rayuan Saman Hak Cipta Bernilai Lebih RM11 Juta Ke Atas Lagu Popularnya, Dark Horse

“Pasangan anda biasanya melihat sisi terbaik dan sisi terburuk anda kerana mereka berada di sana untuk menjadi cerminan kepada diri kita, Orlando dan saya melakukan terapi pasangan, dan kami menyukainya kerana ia membuatkan kami sentiasa senada dalam apa jua yang dilakukan, dan rasa dendam boleh menjadi sangat kuat apabila anda berdua bekerja keras.

“Tuhan memberkati orang yang berjaya dalam perhatian, jadi apabila anda ingin kembali menjadi normal seperti orang lain yang mana anda mempunyai anak dan sebagainya, anda perlu benar-benar belajar bagaimana untuk menjadi jenis yang berbeza di luar sana dalam dunia yang besar dan juga kecil. Oleh itu, kami mempunyai banyak kejayaan dengan terapi pasangan itu,” jelasnya panjang.

Sekadar informasi, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada 26 Ogos 2020. Selain itu mereka turut membesarkan Flynn Bloom,11, yang merupakan anak Orlando bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Daily Mail, Elle

Kredit foto: Instagram Orlando Bloom

Published by
Fiezreen