Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui menggalas tugas sebagai seorang yang lembut amat sukar kerana ia perlu bermain dengan karakter yang lain dari sisi sebenarnya.

Umum mengetahui bahawa bintang filem KL Gangster ini amat sinonim dengan watak hero romantik selain watak kasar dan lasak.

“Saya sebenarnya belum bersedia pun mahu sertai program sebegini, tapi pihak produksi sudah menjelaskan secara jelas kepada saya mengenai perjalanan serta konsep program ini.

“Jadi saya setuju tambahan pula turut ditemani pelakon pembantu yang sama-sama ada di atas pentas untuk menghidupkan sesuatu watak,” kata Aaron ketika ditemui di Royal Theatre, Shah Alam semalam selepas selesai persembahan di All Stars Buka Panggung.

Program yang menggunakan tagline ‘Katakan Tidak Pada Skrip!’ ini juga menyingkap sisi lain setiap pelakon untuk berlakon secara spontan tanpa menggunakan skrip.

IKLAN

“Saya harus berlakon dan tiada istilah separuh jalan atau tarik diri untuk program ini. Saya juga akan buat sampai habis jalan. Ketika saya di atas pentas bersama Shahrol, dia sudah banyak kali bagi hints untuk saya jadi watak lembut dengan nama Ziana.

“Mula-mula saya tak nak, tapi dia dah banyak kali bagi hints, jadi saya pun teruskan. Apa-apa pun saya sudah buat yang terbaik dan hanya follow the flows,” jelas Aaron kepada MH.

IKLAN

Bagaimanapun, Aaron bersikap terbuka untuk menggalas karakter sedemikian.

“Mungkin orang tak nampak sisi saya melakonkan watak lembut, jadi ia adalah bonus bagi saya dan saya puas hati sebab dapat hiburkan orang ramai,” kongsi Aaron.

IKLAN

“Saya hanya nak tunjukkan seorang pelakon itu adalah seorang yang versatil. Bila berlakon atas pentas ini, semua aspek main peranan seperti mimik muka, pergerakan badan, dialog secara spontan dan juga pelakon yang menemani kita atas pentas.

Program realiti All Stars Buka Panggung ini juga menampilkan barisan pelakon lain pada minggu pertama antaranya Datuk Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Yusry Abd Halim dan Naim Daniel.

Program ini menggandingan Ajak Shiro dan Shahrol Shiro sebagai pengacara, sementara juri adalah Erra Fazira yang menyandang gelaran Seri Dewi Panggung.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI