Akui Tegas, Tapi Fasha Sandha Tak Lupa Sebut Perkara Ini Pada Anak-Anak Setiap Hari

Share

Walaupun sering sibuk dengan karier seni, namun pelakon Fasha Sandha tetap mengutamakan tugas utamanya sebagai seorang ibu dan isteri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui dia ibu yang tegas namun dalam masa yang sama mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan kasih sayang terhadap tiga cahaya matanya.

“Melayani anak-anak yang bermacam-macam ragam. Saya seorang ibu yang tegas tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat ‘I love you’ pada setiap anak.

“Lebih daripada tiga kali setiap hari, tapi kalau salah tetap akan kena juga…

“Siapa macam saya? Kita geng okay,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran itu, Fasha memuat naik video dia sedang memeluk dan berciuman dengan dua anaknya iaitu Rayfal dan Raysha.

Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz, 35, pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, 2 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha turut memiliki sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemaima, 7 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
Juliana Johar