“Akulah Penyebabnya Tapi Aku Bangga,” – Pakaian Ala Rihanna Sissy Iman Di ABP33 Lalu Kena Kritik, Sila Baca Respon Jujur Bapa

Share

Selepas penampilan ketika malam Anugerah Bintang Popular 33 (ABP33) menerima reaksi pelbagai netizen, bapa kepada penyanyi, Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaff ada memberikan reaksinya berhubung perkara berkenaan.

Menurut Kamil, dia enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana sebagai bapa dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH2020. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.

“Biarlah org kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku sorang bapa yang hanya melakukan tangungjawab supaya anak aku meraih kejayaan.

“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Kamil menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Kamil turut mendedahkan busana tersebut telah disiapkan sendiri olehnya dari awal hingga ke akhir.

“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan dibaju. Entah berapa ribu kali jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukan terang sangat pun. Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya,” tulisnya.

“Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Aku ni bukan proffesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku sehabis baik mungkin.

“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mau berada sama tuk memastikan she looks good dimata aku. Sekurangnya dia berada didalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat kesana kemari,” kongsinya lagu.

Sementara itu, Kamil turut meluahkan rasa bangga melihat tranformasi anaknya itu sejak dari awal kemunculan sehinggalah ke tahap sekarang.

“Aku bangga dengan anak aku sorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “ayahanda, kakak ok ke?” Itu sudah puas bagi aku yg dia menunjukkan aprisiasinya.

“Aku bentuk dia smpai kehari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia le ni. Tnpa mengharapkan belas ikhsan siapa-siapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.

“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yg tahu. Jutaan terima kasih aku nk ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, terus lah menyokong ya tanpa berbelah bagi.

“Dan terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami tuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut melontarkan pujian terhadap busana yang direka oleh Kamil itu.

Sumber: Instagram AliffLayla

Published by
Aizam Manaf