Bapa kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia, awal pagi Khamis.
Berita sedih itu dimaklumkan isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi satu entri di Instagram miliknya.
“Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Sam telah berpulang ke rahmahtullah pada pagi ni.. Semoga Allah mencucuri rahmatNya,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata rakan artis serta peminat mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan menyampaikan salam takziah buat M Nasir seisi keluarga.
Sementara itu menerusi satu posting terbaru, turut dikongsikan beberapa foto kandid yang dimuat naik kembali daripada akaun anaknya, Suci Nasir.
Seniman terkenal itu merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Foto: Instagram Datin Marlia Musa