
Menerusi laman Instagram Bunkface sebentar tadi, dimaklumkan bapa kepada gitaris utama band berkenaan, Paan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Salam semua, dukacita saya maklumkan bahawa bapa sahabat kami, Ahmad Farhan baru sahaja meninggal dunia.
“Mohon sahabat2 & kenalan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat arwah. Allahummafirghlahu Warhamhu Waafii Wafuanhu.”
“Mohon doa dari kalian untuk arwah bapa @ahmadfarhan87, Hashim bin Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Jazakallahukhair.”
Al-Fatihah dan takziah MH ucapkan buat keluarga Paan. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Foto – Instagram Bunkface
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Praktis Sendiri-Sendiri Aja,” – Stacy Kongsi Pengalaman Bersaing Dengan Suami Sendiri, Akim Memang Ada Perangainya Sendiri!

Penyanyi, Stacy mengakui sangat teruja apabila menjadi salah seorang peserta yang bersaing di peringkat Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang berlangsung baru-baru ini Sri Pentas 2, Shah Alam.
Katanya, momen kali ini juga agak istimewa kerana dia bertanding dengan suaminya sendiri, Akim Ahmad menerusi lagu Stereotype bersama Akim & The Majistret.
“Kali ini teruja lebih sikit tapi rasa gementar itu tetap ada. Lagi-lagi bersaing dengan suami sendiri.
“Kami di rumah pun praktis sendiri-sendiri aja, tak ada nak bantu sebab bersaing kan? Kadang-kadang itu adalah lihat dia praktis lepas tu bila bagi cadangan ke apa, dia tak mahu dengar, katanya sebab bersaing,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Stacy juga berkongsi rasa bangga dengan pencapaian suaminya yang merupakan salah seorang pencipta lagu Bunga nyanyian Ara Johari terpilih sebagai lagu terbaik minggu kedua, SFMM33.
“Saya tumpang gembira untuk dia, ‘happy’ sekali untuk Ara, siapa yang tak happy kan? Dapat lagu terbaik kan. Itu merupakan satu penghargaan besar,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Stacy yang lama tidak menyertai SFMM mengakui ada harus berusaha lebih dalam persembahannya itu.
“‘Passion’ itu ada tapi badan tak sama, jadi kena lebihkan dari segi latihan, jadi banyakkan gim, dan juga praktis menari juga. Seminggu adalah 2-3 kali berlatih.
“Berat badan pun ada juga turun dalam 3 minggu ini. Saya tak sempat timbang sebab alat penimbang rosak, tapi bila praktis tu, dapat rasa badan macam ringan sikit,” kongsinya lagi.
Stacy mempertaruhkan lagu Cakap Ke Tangan dalam SFMM33. Keputusan barisan lagu mana yang layak bertanding di pentas AJL33 akan diumumkan pada minggu ketiga SFMM33 yang diadakan pada 23 November ini.
Foto/Instagram: Stacy & Akim Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Elfira Loy Luah Rasa Gembira Rai Hari Jadi Anak Yang Pertama

Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kegembiraan apabila anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf kini sudah mencecah usia setahun.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy ada berkongsi momen saat meraikan majlis hari jadi anaknya yang pertama itu di akaun Instagram.
Malah, pelakon filem Tentang Bulan ini juga ada menitipkan dedikasi, mengakui akan sentiasa menyayangi anak tunggalnya itu sehingga ke syurga.
“Happy 1st birthday mylove babyboi Muhammad Rayyan Khalaf . You’re such a good boy to the both of us, there’s nothing I want you to change about you.
“Just be the cheeky you , the amazing you and the most adorable babyboi as always! I hope you had a great day with my loved ones today.
“Mommy and Ayah love you hingga ke Syurga,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by @ elfiraloy on
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Selepas itu, Elfira selamat melahirkan Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Nyanyian Istimewa & Taburan Kelopak Bunga Ros Warnai Hari Jadi Mia Ahmad, Siapa Kata Izham Tarmizi Tak Sweet?

Semalam pelakon, Mia Ahmad telah pun menyambut hari kelahirannya yang ke-31.
Bersempena hari berbahagia itu, suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi telah pun membuat sebuah kejutan ringkas bagi meraikan isterinya itu.
Menerusi video yang dikongsikan Mia di laman Instagam, Izham dilihat menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir sambil isterinya itu meniup lilin bersama taburan kelopak bunga ros dikelilingnya.
View this post on InstagramI am another year older, wiser and more grateful. Thank you Allah. ❤️ #22288 #feb22 #tigaplohsatu
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
View this post on InstagramA post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24) on
View this post on Instagramone year older, thank you for your wishes. ❤️ Skirt : @cakenis Make up : @khairah_ira
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
“I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you Allah,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat momen indah pasangan tersebut.
Sebelum ini, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga melibatkan pasangan ini bertiup kencang apa Mia dilihat sering memuat naik entri berbaur ‘sedih’ malah gambar mereka bersama turut di padam.
Namun, akhirnya hubungan mereka dilihat kembali pulih tidak lama selepas tu.
Apapun kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini dan selamat hari lahir buat Mia Ahmad.
Sumber: Mia Ahmad & Izham Tarmizi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI