Bapa pelakon, Miera Liyana iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 11.06 malam tadi.

Memetik Harian Metro, Miera memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

“Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.

IKLAN

“Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.

IKLAN

“Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.

IKLAN

“Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti Insya-Allah,” katanya. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI