“Al Fatihah Buat Seorang Yang Pernah Menjadi Abang Kepada Saya…,” – Dedikasi Shah Rezza Buat Allahyarham Wan Hassan Ibrahim

Share

Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.

Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.

Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.

“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut yang dibuatnya menerusi Instagram turut mendapat reaksi peminat, termasuk rakan selebriti.

Memetik Awani, arwah dilaporkan meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Kampung Cherang akibat kegagalan fungsi paru-paru.

Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 tadi.

Foto: Instagram Shah Rezza/carian Google

Published by
Rafiq Mazlan