Serentak dengan berita kehilangan permata seni itu, para peminat dan rakan selebriti turut memberi dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Shima Anuar berkongsi fotonya yang kini hamil lapan bulan.
Foto tersebut melihatkan Shima mengenakan midi dress corak harimau bintang dan digayakan dengan kardigan berwarna kelabu.
“Feeling2 tengah panas dengan perut buncit. Hihi why not!
“Sebab baju ni pun selesa sangat. Where to get this maternity dress..? Just go to @9months_maternity ok mommies? More choices there. Have a good day everyone! 💋 #8monthspregnant,” tulisnya sambil bergambar di bawah panas matahari terik.
Kisah rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim yang juga seorang usahawan terkenal menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Terdahulu, pelakon berkenaan akui menghadapi masalah rumah tangga dan Fizo turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai konflik yang berlaku dalam rumah tangganya menerusi akaun Instagram miliknya.
“DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI. Sebelum tu sya ign memohon maaf kpd smua rakan media,kwn2, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar ttg cabaran yg dihadapi dalam rumah tangga sya dan mawar.
“Buat masa ini, saya tidak dpt nak menjawab segala persoalan rakan2 mahupun media yg bertalu2.
“Tidak dinafikan yg rumah tangga sya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua. sya amat berharap terutama pihak media dan netizen dpt bersabar dan memahami situasi kami.
“Sesiapa sahaja yg mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah utk di uji bermaksud kita mampu utk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA.
“Mungkin setiap kejadian yg berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah,setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah.dan hikmah bergantung kpd kita yg menerimanya.
“sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.
“Walau apa yg berlaku sekalipun,insyallah hubungan sya dan mawar akn terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yg kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. semoga Allah memberkati Mawar dan sya sentiasa doakan yg terbaik utk semua,” kongsi Fizo.
Dalam pada itu, bintang filem 7 Petala Cinta itu memohon doa daripada peminat agar mahligai cinta yang dibina bersama Mawar menemui jalan penyelesaian yang terbaik.
“Apa2 pun keputusan mahkamah nanti sya terima dan sya memohon maaf dan juga memaafkan smua pihak.Doa yg baik2 daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yg terbaik antara sya dan mawar.
“Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ia berlaku dan itu adalah takdir Allah, sya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA.
“Saya amat berharap, semua pihak dpt memberi ruang kpd kami utk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.
“Terima kasih sekali lagi, kepada semua yg me berikan Kata2 semangat, doa yg baik2, dan saya juga memaafkan segala komen2 mahupun fitnah yg dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. Doakan.. Doakan.. Terima kasih,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.
Terdahulu, Fizo dikhabarkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
MH mendoakan agar masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan ini dapat diselesaikan dengan secara baik.
Foto : Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...