Datuk Jamali Shadat dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun.

Memetik Harian Metro, berita pemergian bintang lawak legenda itu dimaklumkan cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya. 

Sebelum ini, keadaan kesihatan Jamali yang dilaporkan merosot apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Difahamkan, Jamali amat terkesan dengan pemergian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Ads

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. 

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih. 

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

Ads

“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq. 

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Ads

Pada zaman kegemilangannya sekitar 80-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

Al-Fatihah dan salam takziah dari MH buat seluruh keluarga Allahyarham Datuk Jamali Shadat.

Moga roh arwah di tempatkan di kalangan golongan yang beriman, ameen ya rabb.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI