Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyampaikan berita sedih apabila memaklumkan ibunya, Puan Hajjah Norlia Abd. Majid telah meninggal dunia sekitar jam 12.30 malam tadi.
Perkongsian tersebut dinyatakan penyanyi Terlalu Istimewa itu menerusi media sosial, sebentar tadi.
“Assalamualaikum wrt wbt. Ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi,” tulisnya.
Kongsinya lagi, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Al-Ansar jam 9.00 pagi ini.
“Jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan,” kongsi Adibah.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan artis turut menitipkan doa dan sedekahkan al-Fatihah.
Salam takziah buat Adibah seisi keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.
Foto: Instagram, Facebook Adibar Noor.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pukul 8 Pagi Sakit Gila… Dah Buka 8cm,” – Amyra Rosli Cerita Proses ‘Berjuang’ Lahirkan Anak Bongsu
Selepas selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari lalu, pelakon Amyra Rosli ada berkongsi cerita ketika saat melahirkan cahaya mata keduanya itu.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli terkenangkan momen tersebut lalu bercerita mengenainya menerusi laman media sosial Instagram.
“Cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan @ayraaryssa on 02/02/2020 tapi…
“Cerita dia mcm ni, Doctor @_s__e__r__i_ bgtau baby songsang. But she said no worries kita boleh tunggu lagi mungkin baby akan pusing di saat2 akhir nak bersalin kita jgn fikir normal or caesar yet.
“mommy masih tersenyum keluar dr bilik doctor konon2 ada chance la deliver normal,” tulisnya.
Selain itu, bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu turut memaklumkan bahawa dia terpaksa melalui proses bersalin melalui pembedahan.
“Bila balik rumah tunggu lagi 2 minggu nak lahirkan baby, mcm2 lah usahanya, pegi exercise la, cari doa itu ini, amalkan petua2 bg baby pusing, tgk you tube sampai lebam and sampai masa pegi check up masih x pusing.
“doctor pun dgn senyum kelatnya terpaksa ckp kita kena proceed caesar. kalau doctor pun dah senyum kelat, i ni apa lagi??
“Jantung ni mcm dah jatuh kat lutut bila tau perut nk kena potong. Tp yg senyum riang girang gembira sukahati is daddy lah sbb date cantik dia pilih utk baby keluar (02022020).
“On the 31st january, mommy daddy last minute jalan2 cari baju2 baby (nasib baik sempat!) pastu esoknya 01022020 plan nk buat mani pedi, nk kemas2 n cantik2 sikit la kan mcm kawan2 yg lain masuk OT.
“Tp semua x dpt sbb baby emergency nk kluar..pukul 4 pagi mcm sakit2 manja dtg, i is buat dunno je lerrrr kampung people, pkl 6 pagi contraction dah mula kuat sikit, pukul 8 am SAKIT GILA!!!
“Terus shoot pegi hospital, dlm labour sakitnya ya ampun!.. rupanya dah bukak 8cm uolsssss!!!! Muka i dah mcm king kong. Senyum pun xnak dah kt doctor (sorry doctor).
“Even jln tu dah bukak 8 cm mommy redha je la x blh nk keluarkan normal, semua bergegas bawak mommy dlm OT.
“Dlm sekelip mata keluarlah aryssa pukul 10:48am pada 01022020 dan muka daddy happy campur redha x dpt date cantik tu.
“Tp mcm mana cara anak kita lahir sekalipun x kisah la mesti ada hikmah Tq daddy syg @amarbaharin, doctor @_s__e__r__i_ , kak @nengshahidah_linda , family n semua yg terlibat menjayakan telenovela ini,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on
Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“This Reply From Her Deserve A Respect,”- Harith Iskander Beri Pujian Pada DSV?
Kecoh semalam apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberikan hadiah kejutan buat anaknya, Cik B yang merupakan buku nota Louis Vuitton.
Susulan itu, kelihatan ramai netizen yang memberikan respon mereka.
Misalnya, ada satu pengguna media sosial yang yang mengkritik tindakan penyanyi I Am Me itu.
“Itu semua tidak boleh dibawak masuk ke kubur,” tulis individu tersebut.
Bagaimanapun, ini pula respon DSV kepada individu tersebut.
“Ye sebab bawak pergi sekolah je,” balasnya.
Respon tersebut mendapat perhatian pelawak, Harith Iskander. Dia berkongsi perkara itu di laman Twitternya.
“Okay, I might give her schtick…but this reply from her deserve a respect,” tulisnya.
Ok. I might give her schtick … but this reply from her deserves a ? #respect https://t.co/wgP6kbQeU1
— Harith Iskander (@HarithIskander) January 10, 2019
Difahamkan DSV berbuat demikian sebagai ‘hadiah’ buat Cik B yang ada peningkatan dalam pembelajarannya. Pada MH, kalau mampu, apa salahnya kan?
Foto/Instagram: Harith Iskander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hancurkan 10 Biji Pil Dan Minum Dengan…,” – 10 Tahun Dulu, Kisah Norman Hakim Nak Cabut Nyawa Sendiri Terbit Iktibar
Setiap individu pasti mempunyai detik hitam hingga hampir putus asa dalam hidupnya. Mungkin itulah situasi yang boleh diandaikan buat pelakon dan hos, Norman Hakim.
Bintang bertubuh kekar itu mengakui dia pernah terfikir untuk ambil nyawa sendiri gara-gara tertekan.
Memetik artikel dari Nona, pendedahan mengejutkan itu didedahkan sendiri suami kepada pelakon, Memey Suhaiza ini ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan hos terbaharu Program Mingguan Wanita, Jun lalu.
Norman bagaimanapun mengharapkan agar apa yang dikongsikan itu boleh memberi pedoman dan iktibar berguna untuk semua.
Detik sukar itu rupanya berlaku lebih 10 tahun dulu, ketika dirinya berpisah dengan Abby Abadi.
“Sejujurnya, 10 tahun lepas saya pernah buat keputusan untuk bunuh diri. Iya, orang menilai tentang betapa bahagianya kehidupan saya sekarang tapi mereka tak tahu bagaimana hidup saya suatu masa dulu.
“Kalaulah saya ‘padam’ masa tu…,” katanya seperti yang dipetik.
“Masa tu tak fikir panjang. Kita ni pula tengah tertekan dan mudah terpengaruh. Dalam pukul 3 ke 4 pagi…tanpa fikir saya terus ambil paracetamol yang sepapan ada 10 biji tu. Saya hancurkan 10 biji pil tersebut dan minum dengan coke.
“Lepas dah telan semua, saya menangis call mak ayah dan minta maaf dekat mereka dalam keadaan sedih dan tertekan. Saya tak sedar apa yang berlaku lepas tu dan tahu-tahu saja, saya terbangun pukul 8 pagi.
“Bermula dari saat terjaga pagi itulah yang menjadi turning point untuk saya berfikir semula kesilapan yang dah saya buat,” jelas Norman.
Beberapa detik selepas mulai bangkit dari lena, Norman menjelaskan dia mulai sedar akan khilaf dan sejak itulah dia mulai lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Kebetulan pagi tu cuaca sangat hening. Waktu tu saya hilang keluarga, saya bercerai, saya rindu anak-anak…macam-macam. Tapi itulah sebenarnya turning point yang membuatkan saya segera bangkit untuk hidup.
“Mungkin Allah panjangkan umur saya sebab Dia nak tunjuk yang kalau kita ada masalah, ada orang lain yang hadapi masalah lebih besar.
“Start dari situ saya beli buku keagamaan berkaitan solat-solat sunat. Sebelum ni pun memang tahu tentang solat-solat sunat ni tapi tak pernah hendak pergi belajar secara mendalam.
“Lepas beli dan baca buku ini, saya buat dan cuba istiqamah. Saya ingat lagi masa tu dalam penghujung tahun 2008.
“Salah seorang yang menyedari keadaan saya waktu itu ialah Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Dia tepuk bahu saya dan cakap, “Norman, awak teruk ni.” Beliau jugalah yang meminta saya berjumpa dengan gurunya. Bulan 5 tahun 2009, saya pergi berjumpa dengan Ustaz Shahrom.
“Dari situ saya belajar satu persatu, saya istiqamah dan sebagainya. Saya juga mula jaga kesihatan dan fitness,” kongsi Norman panjang lebar.
Pada masa sama, dia turut merakamkan rasa syukur kerana silaturrahim bersama bekas isteri masih kekal utuh.
“Saya ambil iktibar atas kelemahan saya dalam rumah tangga dulu dan bersyukur kerana Allah pilih dan satukan kami. Walaupun bukan lagi sebagai suami isteri tapi saya, Memey dan Abby saling menyayangi satu sama lain. Ilaahi Taala.
“Saya bahagia dapat isteri dan bekas isteri yang juga ibu kepada anak-anak yang saling menyayangi untuk sama-sama membesarkan mereka.
“Nak dapat apa yang dihajati ini bukan hanya amalkan dalam setahun dua dah boleh nampak hasilnya. Kena ambil masa dan istiqamah.
“Contohnya bagi saya, saya akan bangun pagi bertahajud, berserah kepada Allah Taala dan paling penting sekali, kita buat solat sunat taubat. Minta ampun kepada Allah atas dosa yang telah kita buat selama ini sebab kita manusia tak lari dari khilaf.
“Keduanya lepas taubat, kita buat solat tahajud dan kita buat solat hajat untuk kita meminta kepadaNya. Sebab memang dah sebut dalam hadis, waktu tahajud apabila minta kepada Allah Taala ibarat kita memanah dengan keadaan yang tepat.
“Jadi kita kena istiqamah. Pada saya, itu adalah terapi spiritual yang sangat membantu. Kita Islam, ini adalah cara kita. Inshaallah, setiap tindakan, perlakuan, perkataan yang keluar dari mulut kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah… Allah akan ‘kawal’ kita. Segala-galanya pada atas. InshaAllah, percaya dan perbaiki diri kita setiap tahun,” ujarnya optimis.
Malah, dia turut mengakui mempelajari dan membaca ayat suci al-Quran sedikit demi sedikit dan seterusnya dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.
“Dulu saya nak baca sepotong ayat pun rasa begitu berat. Tapi alhamdulillah, daripada sepotong ayat dapat baca hingga empat ayat, daripada hanya satu halaman sehari setiap pagi… sekarang dapat baca sampai empat halaman Al-Quran.
“Jadi, dari apa yang saya dapat daripada bacaan Al-Quran itulah saya kongsikan kepada isteri dan kemudian dia akan turunkan kepada anak-anak pula. Kita kena istiqamah,” akhirinya.
Norman berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan mereka, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Foto: Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI