Pengacara dan penyampai radio, Radin Era berkongsi khabar duka apabila ibunya, Feridah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAA (@radin_era)

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum wbt.

IKLAN

“Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman.

IKLAN

”Amin, Nd sayang mama,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Peminat turut sedekahkan al-fatihah, rata-ratanya juga termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat hos berusia 30 tahun itu pada ruangan komen.

IKLAN

Al-Fatihah… Ibu Penyampai Radio, Radin Era Meninggal Dunia Al-Fatihah… Ibu Penyampai Radio, Radin Era Meninggal Dunia Al-Fatihah… Ibu Penyampai Radio, Radin Era Meninggal Dunia

Foto: Instagram Radin Era

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI