Beberapa jam lalu, pelakon senior Zulkifli Ismail memaklumkan berita sedih apabila komposer Omar Taib meninggal dunia semalam, sekitar jam 7.00 pagi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas beberapa minggu kesihatannya merosot. Malah, berita mengenai pemergiaan Allahyarham turut dilaporkan Harian Metro.
Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru selepas Asar pada Ahad.
“Komposer terkenal, Omar Taib telah kembali ke rahmatullah semalam. Antara lagu ciptaan Allahyarham yang malar segar termasuklah Rindu Bayangan nyanyian Carefree,” tulisnya menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) on
Terdahulu, arwah antara komposer prolifik sekitar 1970-an dan sinonim dengan lagu malar segar Rindu Bayangan nyanyian Carefree selain pernah bekerjasama dengan barisan artis popular lain seperti Jay-Jay, Datin Suliza Salam, Azlina Aziz dan ramai lagi.
Foto: Carian Google/Instagram Zulkifli Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Setia Dengan Wawa, Hanya Ajal Memisahkan Kami,” – Pasangan Contoh? Aeril Zafrel Bijak Tepis Mesej Nakal Di Media Sosial
Memilih untuk sentiasa setia disamping isterinya, Wawa Zainal, aktor terkenal, Aeril Zafrel tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangganya gara-gara kehadiran orang ketiga.
Menurut Aeril, selain isteri, anak-anaknya juga bakal menerima kesannya sekiranya rumah tangga mereka tidak lagi harmoni.
“Soal orang ketiga ini, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara ini takkan berlaku kalau bertepuk sebelah tangan.
“Bagi saya pula, saya akan selamanya setia bersama Wawa. InsyaAllah, hanya ajal yang dapat memisahkan kami. Itu yang saya harapkan. Saya mohon juga para peminat doakan kesejahteraan keluarga kami.
“Anak-anak saya masih kecil. Saya selalu terfikir, kalau kami berpisah apa yang akan terjadi kepada mereka. Macam mana mereka akan membesar? Mereka pasti akan terkesan,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah Aeril sering menerima mesej-mesej nakal di laman sosial, bapa kepada empat orang cahaya mata ini menganggap perkara tersebut sebagai normal.
“Rasanya bukan saya seorang sahaja artis yang menerima pelbagai mesej di media sosial. Ada juga yang menghantar gambar tidak senonoh.
“Saya anggap mereka ini sebagai scammer yang cuba ambil kesempatan. Dia mengharapkan kita balas perkara yang sama.
“Kemudian mereka gunakan untuk mengugut kita demi wang. Saya rasa kebanyakkan video yang tersebar itu adalah gara-gara mereka ini,” ujarnya lagi.
Aeril berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, pelakon filem 7 Petala Cinta ini juga menganggap gelaran pasangan contoh yang diberikan oleh netizen sebagai satu tanggungjawab yang besar.
“Bila orang menjadikan kami ini pasangan contoh, saya anggap itu sebagai perkara positif buat hubungan kami. Ia juga ibarat satu tanggungjawab buat kami untuk sentiasa menjadi contoh yang terbaik,” katany lagi.
Berkongsi mengenai rahsia kebahagiaan, Aeril mendedahkan dia dan Wawa tidak akan bergaduh terlalu lama sekiranya mereka tidak bersependapat.
“Kita kena berperangai seperi budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya, kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.
“Kalau kami bergaduh, saya jarang pujuk. Kami akan reda sendiri. Tetapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari berikutnya,” akhirinya.
Terdahulu, Wawa merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwomen 2022 bagi kategori Nona Online Entrepreneur Award.
Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata Hayla Magfiraul Adzkiyaa, Fakhruddin Attar, Ayya Soffya dan Jibril Ibtisam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Kelakar Giler! Sharifah Sakinah Dirakam Pak Nil ‘Syok’ Main Mainan Kanak-Kanak
Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi telah memuat naik satu video yang kelakar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut merakamkan gelagat aktres Sharifah Sakinah yang sedang bermain permainan kanak-kanak di sebuah pusat membeli belah.
“Terserempak dgn seseorang yg seronok naik kereta permainan Didi and Friends” tulisnya.
View this post on InstagramTerserempak dgn seseorang yg seronok naik kereta permainan Didi and Friends ???
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Lantas video tersebut menjadi perhatian netizen kerana merasakan video yang dirakam Pak Nik cukup menghiburkan.
Alahai, kelakar sungguh Sharifah Sakinah sampai permainan kanak-kanak dia naik.
Video : Instagram Pak Nil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Bila Giliran Siti, Ada Yang Mengusik?,” – Berani Pertikai Billboard Tok Ti Di New York Times Square, Ini Respon Balas Tuan Badan
Baru-baru ini, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencipta sukses apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Ketika ramai yang menzahirkan rasa bangga diatas kejayaan anak tempatan itu, namun, tidak kurang juga ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang diatas pengiktirafan tersebut.
Menerusi beberapa ciapan yang tular di laman Twitter, ada yang menganggap pengiktirafan tersebut diberikan atas kapasiti populariti semata-mata dan bukan kerana usaha seni yang diperjuangkan.
Bercakap kepada MH, Siti memaklumkan dia sebenarnya enggan mengulas panjang mengenai hal tersebut kerana baginya ia seperti ‘kebudak-budakkan’.
“Beginilah…respon saya mudah sahaja, saya tak mahu jadi budak-budak. Sebab apa yang ditulis di Twitter itu bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya juga.
“Orang luar je yang anggap sebegitu. Itulah jawapan daripada saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Lip Lap Raya itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka CTDK Holding yang berlangsung di Glamhall Damansara, Damansara Perdana pada Jumaat.
Dalam pada itu, Siti turut menyifatkan muzik sepatutnya menjadi medium penyatuan sesama rakan industri dan bukannya untuk berbalah.
“Itulah yang sebenarnya. Muzik ini sepatutnya menjadi medium penyatuan bukan sahaja buat para peminat tetapi juga sesama rakan seperjuangan di industri seni.
“Muzik ini sangat universal dan istimewa. Bayangkanlah, saya pergi ke luar negara dan orang di sana tak faham pun bahasa saya tapi mereka masih lagi boleh menghargai saya.
“Itu jugalah yang sepatutnya berlaku apabila kita kena menghargai sesama penggiat seni. Itulah yang sentiasa saya cuba terapkan dalam setiap persembahan, nyanyian atau lagu-lagu saya,” kongsinya lagi.
Siti turut menambah, sekiranya ada yang kurang senang dengan pengiktirafan tersebut, mereka sepatutnya bertanyakan terlebih dahulu kepada pihak yang terlibat berbanding memberikan komen-komen yang tidak benar di media sosial.
“Kita kena hargailah satu sama lain. Saya rasa tak perlulah saya ulas panjang mengenai isu billboard ini. Sebelum ini juga, sudah ramai artis-artis yang wajah mereka turut terpampang di sana tetapi kenapa bila giliran Siti Nurhaliza pula, ada yang nak mengusik?
“Pengiktirafan itu diberikan sepenuhnya oleh pihak Sportify. Sebelum nak buat apa-apa andaian, minta dahulu penjelasan daripada pihak tersebut. Kemudian, barulah boleh berikan sebarang komen.
“Kalau kita tersalah komen, itu yang menjadikan situasi itu kurang selesa,” akhirinya.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI