Berita sedih menyelubungi rakan-rakan peragawati yang mengenali Noor Wahyu Zulkifly Chan atau nama pentasnya, Ayu Chan apabila dimaklumkan, bekas model tersebut telah pun pulang ke rahmatullah pada petang Khamis.
Difahamkan, kematian model 90-an itu selepas dirinya beberapa tahun menderita penyakit kanser.
Lalu, pemergiaan Allahyarham turut diiringi bersama doa dan dedikasi dari rakan terdekat.
“Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman.. terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau.
“Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad. disisihkan i blh terima lg.
“Tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i…Semoga damai di sana wahai sahabat..Al-fatihah,” tulis model yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010, Mia Ali.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, amin. Salam takziah buat keluarga Allahyarham dari MH.
Foto: FB Wanni Doll, Mia Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kebiasaannya, Seminggu Sebelum Raya…,” – Amy Search Sayu Pertama Kali Sambut Ramadan Tanpa Ibu Tersayang
Kemeriahan menyambut Ramadan tahun ini seperti hilang serinya buat penyanyi Amy Search selepas kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Fatimah Idris Ogos tahun lalu.
Meski sudah lapan bulan ibunya pergi menghadap Ilahi, namun Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman tidak pernah melupakan setiap detik manis yang dilaluinya bersama arwah.
“Tahun ini saya menyambut Ramadan tanpa seorang ibu. Semasa menziarahi pusara arwah, terasa sedih sangat. Ingat lagi dahulu, saya balik ke Johor Bahru menziarahi pusara ayah sebelum Ramadan.
“Kebiasaannya, seminggu sebelum raya, saya sudah berada di kampung. Masa itu, saya kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan pergi ke pasar beli keperluan sambut raya.
“Saya akan menyiapkan semua bahan-bahan nak memasak. Termasuklah menu kegemaran, rendang daging atau paru dan ayam masak hijau.
“Masa itu emak sudah tak kuat, sayalah yang masak. Tapi dia tunjukkan macam mana cara nak menumis semua bahan-bahan,” katanya.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut dalam tiga minggu lagi, Amy berkata hatinya berasa saya apabila kini sudah tiada lagi tangan yang boleh diciumnya untuk memohon keampunan seperti kelaziman dilakukannya pada pagi raya.
“Sudah pasti Ramadan tahun ini terasa sangat tanpa ayah dan emak, inikan pula pada pagi hari raya kerana tiada lagi mohon ampunkan dosa-dosa saya.
“Al-fatihah buat emak dan ayah. Moga Allah SWT tempatkan ayah dan emak di syurga firdaus dengan keredaanNya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amy Search
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suku Akhir Malam Ni Tak Jadi Dik,” – GV9 Tambah Lagi 1 Minggu
Program hiburan realiti popular, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dilanjutkan satu minggu lagi dan konsert akhir akan dilangsungkan pada 27 November depan.
Pengumuman tersebut dibuat hos tetapnya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein segmen awal program.
“Istimewa untuk semua, GV9 akan ditambah lagi satu minggu. Menjadikan konsert akhir dianjakkan kepada 27 November 2022.
“Suku akhir malam ni tak jadi dik” kata Elly.
Kejutan tersebut turut menerima sokongan daripada penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, GV9 mula bersiaran 18 September lalu menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Kesemua bintang edisi ini dinilai oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“2 ‘Machine’ Suara Yang Tak Mungkin Dapat Ditandingi…,” – Sedar Bakat Istimewa Aweera Sebelum GV8 Lagi, Khir Rahman Rasa Nikki Palikat Persaing Terdekat
Pelakon, Khir Rahman mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyedari bakat nyanyian luar biasa yang dimiliki penyanyi, Aweera meskipun sebelum bintang tersebut menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza 8 (GV8).
Menurut Khir, Aweera serta seorang lagi peserta GV8 iaitu Nikki Palikat merupakan antara bintang yang paling menonjol sepanjang penganjuran program tersebut pada tahun ini.
Malah, dia juga turut meramalkan kedua-dua bintang tersebur bakal memberikan saingan yang sengit untuk merebut gelaran juara.
“GV, nak kena tunggu lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu baru nak tersedar bakat dan bintang Aweera. Secara peribadi dah lama saya nampak Aweera special dan humble.
“Walau bagaimanapun, saya tak hairan kalau Aweera tak muncul juara sebab pilihan lagu besar pengaruhnya. Namun, penyanyi tak berkuasa sepenuhnya.
“Nikki Palikat dan Aweera adalah dua machine ‘suara’ yang tak mungkin dapat ditandingi untuk GV kali ini. Hanya mutu persembahan keseluruhan yang lebih terarah kepada Nikki
“Manakala perserta yang lain mesti pandai membuat impact untuk merebut tangga ke-3,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon filem, Rock Oo itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Khir mengakui masih terdapat pelbagai lagi aspek-aspek lain yang harus diambil kira untuk menobatkan seseorang peserta itu sebagai juara.
Lantaran itu, anak kepada penyanyi, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Hassan turut menyarankan kepada orang ramai untuk tidak melatakan harapan yang terlalu tinggi.
“Bagi saya juara bukan dari penilaian nyanyian dan persembahan satu malam sahaja. Ianya markah terkumpul sedari minggu pertama. Hanya major mistake yang boleh menafikan kejuaraan
“Jangan lupa kepentingan pihak penganjur dan penaja boleh saja memainkan peranan. So, relaks. Kita layan happy-happy dan memilih juara dihati masing-masing sudah. Take it easy,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji persembahan Aweera pada konser separuh akhir GV8 yang belangsung malam tadi.
“Setuju…tapi suara aweera memang level international.
“Bang kei, saya bayangkan Aweera perform dengan Rimba Bara. Baru Ngammmm Oo! Rock Oo!
“Kita juga memerlukan seorang juri legend yang diimport dari Indonesia untuk memberitahu bahawa kita sebenarnya memiliki satu bakat yang hebat yang selama ini tidak dihargai selayaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pada konsert yang berlangsung pada malam Ahad, Aweera yang membawakan lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu telah mendapat markah yang tertinggi sekaligus, menempatkan dirinya ke konsert akhir yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Khir Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI