Masih lagi dibuai rasa teruja atas kehadiran ahli keluarga baru, pelakon Amar Baharin menerusi Instagramnya yang dikemas kini ada memuat naik foto anak keduanya.

Meski ia tidak dirakam dari jarak dekat, namun para peminat nyata teruja apabila selang beberapa hari selepas dilahirkan, suami kepada Amyra Rosli itu berkongsi kegembiraan berkenaan buat tatapan ramai.

View this post on Instagram

Day 3 💕 – Daddy’s Point Of View

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

“Day 3, daddy’s point of view,” tulisnya ringkas pada entri yang sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka itu.

Serentak dengan foto yang dimuat naik, para peminat segera mengucapkan tahniah selain memuji permata hati kedua pasangan terbabit.

IKLAN

“Ala Tembamnya…,” – Belum Diberi Nama, Amar Baharin Dedah Wajah Babygirl, Comel Sungguh! “Ala Tembamnya…,” – Belum Diberi Nama, Amar Baharin Dedah Wajah Babygirl, Comel Sungguh! “Ala Tembamnya…,” – Belum Diberi Nama, Amar Baharin Dedah Wajah Babygirl, Comel Sungguh!

Sementara itu, akaun Instagram anak keduanya juga ada berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan si kecil pasangan selebriti itu.

IKLAN

Si ibu pula ada berkongsi video menerusi IG Stories yang merakamkan Amar sedang mendodoikan bayi yang masih belum diberikan nama itu.

IKLAN

Terdahulu, Amar ada memaklumkan isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, seorang puteri pada pagi 1 Februari lalu dan menyatakan ibu dan bayi selamat.

Sekadar mengimbas, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini mencecah usia 3 tahun.

Foto: Instagram Amar Baharin, Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI