Uncategorized

Alahai! Bersemutnya Ucapan Sharnaaz Ahmad Pada Isteri

Share

Comel betul MH lihat cara pelakon, Sharnaaz Ahmad melayan isterinya, Noor Nabila. Bersemut betul!

Semalam, Sharnaaz ada memuat naik satu ‘appreciation post’ kepada isterinya di laman Instagram miliknya.

“Kadang-kadang dia buat saya marah, okay banyak kalilah. Tapi saya boleh kata bahawa dia juga boleh membuatkan saya lupa itu semua dalam masa 5 saat sahaja dengan lagak ‘silly’nya.

“Dia adalah isteri saya dan saya cintakan kamu, sayang @noornabila,” tulisnya.

Wow! Romantik habislah ayat yang diberikan Sharnaaz itu, MH pasti mesti ramai peminat-peminat perempuan yang baca mesti cair dengan kapsyen tersebut.

Namun begitu, ayat seterusnya yang ditulis Sharnaaz turut membuatkan peminat ketawa.

“Buat para suami, ayat diatas boleh digunakan jika esok anda nak main golf dengan kawan-kawan. Selamat malam,” tulisnya.

Rata-rata komen peminat terhibur dengan kapsyen Sharnaaz tersebut. Semua memuji pelakon tersebut yang dikatakan mempunyai gene ‘bersemut’ bila buat kapsyen sedemikian.

Apa-apapun, kepada para isteri di luar sana, sila berwaspada bila suami anda buat kapsyen sweet-sweet di laman Instagram ya, mereka dah berguru dengan ‘Abang Jebat’. Hehehe…

sumber: IG Sharnaaz Ahmad

Published by
Khaleeda Rashikin