Baru-baru ini, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengejutkan industri hiburan apabila melancarkan single dan muzik video terbaru berjudul Pening.
Muzik video tersebut telah dimuat naik di laman You Tube pada Rabu dan setakat ini menerima lebih 80,000 tontonan.
Bagaimanapun, sebuah portal berita didakwa telah menganggap muzik video berkenaan sebagai gagal dan perkara tersebut telah mendapat perhatian si empunya badan.
Perkara tersebut telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya.
“Alamak, serious la gagal? Korang dah dengar ke belum? Ada dekat YouTube Mixology Music. Bapak Ahh,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap entri tersebut .
Manakala, rakan-rakan artis seperti Waris dan Dj Fuzz pula meminta Nabil supaya tidak mempedulikan komen negatif tersebut.
Pada pendapat MH, usaha Nabil seharusnya wajar diberikan pujian kerana dia telah menampilkan sesuatu yang baru malah turut diselitkan dengan nasihat dan elemen-elemen lucu.
Sumber: Instagram Nabil Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI