
Tular di media sosial sepotong babak daripada sebuah sinetron dari Indonesia yang memaparkan seorang lelaki yang kecewa apabila kehilangan kedua-dua belah tangannya.
Namun apa yang menarik perhatian, di saat dia seolah-olah mahu menamatkan riwayat dan cuba diselamatkan oleh seseorang, kelihatan dua tangan muncul di bawah kemeja yang dipakai.
Datuk Aznil Haji Nawawi turut sama memberi reaksi dan meminta netizen untuk memberikan penjelasan agar dia dapat bersangka baik atas babak yang dipertontonkan.
“Tolong bagi caption bersangka baik bagi video ini,” jelasnya.
View this post on InstagramTolong bagi caption bersangka baik bagi video ini 🤣🤣🤣
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Netizen seraya memberikan reaksi dan ada yang mengatakan tangannya telah ‘tumbuh kembali’.
Foto : Instagram Pak Nil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Ini Dibuat Atas Nasihat Doktor…,” – Masalah Kesihatan, Pihak Pengurusan Sahkan Nabila Razali Tak Dapat Buat Persembahan Di Semi Final Muzik-Muzik

Penyanyi Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMN35) atas masalah kesihatan.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusan, keputusan untuk tidak membenarkan penyanyi berkenaan membuat persembahan menerusi lagu Peluang Kedua itu atas nasihat doktor.
“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus kepada Nabila, Ash mendedahkan, ia merupakan satu keputusan sukar dan menjadi impian penyanyi terbabit untuk membuat persembahan di pentas saingan Muzik-Muzik.
Malah, Nabila juga telah pun mengikuti kelas latihan vokal sejak September sebagai persiapan.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.
“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.
Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan m Hael Husaini dan MFMF pada Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.
“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.
“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Video Perjalanan Ke Angkasa, Dr Sheikh Muszaphar Buat Netizen Meremang Satu Badan, Kagumnya!

Fuhh, sukar nak digambarkan perasaan apabila melihat video misi ke angkasa lepas yang dikongsikan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menerusi laman Instagramnya.
Meremang satu badan melihat bagaimana kecilnya bumi yang dikelilingi berbillion galaksi.
Ulasnya, kita hanya satu titik kecil, namun masih mendabik dada berjalan di atas muka bumi.
“Video – My launch to space – Part 2
As promised … these are some of the footages that I took from space .
The view of Earth is just amazing .
A small tiny Earth surrounded by billions
and billions of galaxies .
Every galaxy has their own solar system with planets , sun , stars …
And the Universe is expanding .
We are truly insignificant
Just a tiny dot … but yet we are proud walking on Mother Earth.”
Jelasnya, mereka masih mencari sama ada terdapat hidupan lain selain dari bumi. Besar kemungkinan Mars merupakan destinasi seterusnya pada 2025.
“There are many things we still do not know of our universe .
Are there life in space ?
Are we the only one living on Earth in this vast universe?
We are still searching …
Man has gone to the moon . In fact 12 people did . But there’s nothing there ..
Mars is our next destination … hopefully in 2025 . That’s the plan .
We have send Rovers to Mars and have found water underneath …
There should be life form on the Red Planet.”
Malah, Angkasawan Negara ini sanggup diberikan tiket sehala sekiranya diberi peluang untuk ke Mars.
“If I’m given a chance to go to Mars on a one way ticket – I’d do it in a heartbeat leaving everything behind .
In fact 6000 people have registered on a one way mission to Mars .
Space has definitely change my perspective on life as a whole .
Constantly soul searching I feel I have found what I was looking for since I came back from Space,” luahnya yang dilihat turut menunaikan solat di ruang angkasa dalam keadaan tanpa graviti dan terapung.
Menurut ayah kepada empat orang ini, terlalu banyak rahsia alam yang tersembunyi dan carilah Al-Quran sebagai panduan.
“I felt a sense of complete … A sense of calmness …
The experience of Space has definitely changed me into a whole new man …
But there are many things we still don’t know …
And never will …
The mysteries of the universe .
To seek knowledge we need to open up our minds and read the AlQuran for guidance …
It’s all there …
Good Morning Everyone …
Just sharing …
Love As Always …
More videos on my YouTube Channel .
PS – I still get goosebumps each time talking about space,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Foto – Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Di Usia 91 Tahun, Nenek Genggam Segulung Ijazah

Wah nampaknya usia bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya. Di Bangkok seorang nenek berusia 91 tahun, Kimlan Jinakul telah berjaya menggenggam segulung ijazah.
Impiannya tercapai setelah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kajian pembangunan manusia dan keluarga di salah sebuah universiti yang terletak di Bangkok.
Katanya, tidak pernah terlewat untuk belajar dan difikirannya selalu terdetik rasa untuk belajar.
Kimlan berkata, pada awalnya dia telah melanjutkan pelajarannya bersama seorang anak perempuannya dan ketika itu dia berusia 72 tahun.
Walau bagaimanapun, anaknya telah meninggal dunia beberapa tahun kemudiannya dan itu telah membuatkan dia menangguh pengajiannya.
Namun setelah beberapa tahun selepas itu, Kimlan mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajiannya.
Kimlan berkata pada sebuah portal bahawa dia bertekad untuk menghabiskan pengajiannya dan berharap agar roh anaknya akan tenang.
Membaca kisah kegigihan seorang wanita yang sudah menjangkau umur 91 tahun ini telah membuatkan kita berfikir bahawa tiada alasan untuk kita berjaya.
Hanya yang perlu ada dalam diri adalah kemahuan dan kesungguhan untuk terus berjaya dalam hidup.
Cerita Kimlan ini boleh dijadikan contoh buat semua agar terus menanamkan semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Sumber: Teen Vouge
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI