
Pelakon cantik yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis sebuah majalah fesyen, baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Hadir mengenakan persalinan polos putih tanpa lengan lengkap berseluar, penampilan bintang cantik tak dinafikan memukau pandang.
View this post on InstagramA post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial) on
Bagaimanapun, dalam kebanyakan komen, ada seorang individu yang membayangkan bahagian bawah lengan bintang muda ini dikatakan kelihatan ‘berkerak’.
Bagaimanapun, komen tersebut tidak menerima sebarang respon dari Elisya.
Foto: Instagram Elisya Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“3 Atau 5 Tahun Lagi, True Color Dia Keluar La,” – Netizen DM Isteri, Cuba Burukkan Fizi Ali, Ini Reaksi Tuan Badan

Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap komen yang diberikan oleh seorang netizen.
Kali ini, komen tersebut telah diterima oleh isterinya, Siti Zulaikha di ruangan mesej peribadi (DM) di Instagram.
Individu berkenaan menyifatkan segala perkara manis yang dilakukan Fizi terhadap isterinya itu hanyalah disebabkan perkahwinan mereka yang masih di fasa baru.
Katanya lagi, perangai sebenar akan mula dilihat selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Lantaran itu, Fizi tampil menegur individu berkenaan dan bertanyakan motif sebenar dia berkongsi komen sedemikian.
Jelas Fizi lagi, sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan apa sahaja tindakannya, ruangan mesej peribadinya sentiasa terbuka.
“Awak DM isteri saya lepas tu bagi kata-kata macam ni dekat dia? Ada masalah DM saya,” tulisnya.
Malah, penyampai radio Hot FM ini juga turut mengingatkan individu berkenaan supaya berhenti menghantarkan mesej-masej yang tidak elok kepada isterinya.
“Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa ye? Pisahkan kami ke?,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Fizi ada meluahkan rasa kecewa selepas ada pihak yang mendakwa dia cuba memisahkan anaknya, Ameena dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri.
Ia susulan selepas Fizi memaklumkan dia ingin mengambil tindakan mahkamah untuk memperjuangkan haknya sebagai bapa.
Fizi mengambil tindakan tersebut selepas anaknya dikatakan tidak menghadirkan diri di majlis graduasi prasekolahnya baru-baru ini.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fizi memaklumkan dirinya juga tidak mengetahui keberadaan anaknya ketika itu.
Sekadar informasi, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aliff Pujuk Cepat Kahwin,” – Bella Astilah Kongsi Kisah Bina Masjid, Suami Perlu Bantu Diri Sendiri Untuk Berubah

Nama Bella Astilah menjadi perhatian sekali lagi gara-gara kontroversi yang melanda Aliff Aziz hari ini.
Mengimbau kembali detik manis pernikahan dengan penyanyi dari Singapura ini, jelas Bella dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di London gara-gara mahu membina masjid bersama lelaki berkenaan.
Tidak sesekali menyesali keputusan yang dibuat, katanya apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah.
“Saya dapat tawaran menyambung pengajian ijazah di London tapi disebabkan fikir mahu berkahwin, jadi saya tolak tawaran. Masa itu Aliff memujuk untuk cepat-cepat berkahwin, jadi okaylah.
“Saya tak mengungkit, kadang apa yang terjadi ada hikmah dan sudah diaturkan. Tiada penyesalan,” katanya kepada MH.
Cerita panas yang terjadi menyebabkan dirinya turut terkena tempias sehingga diajukan soalan kurang enak.
“Memang ramai yang bertanya, Bella sudah bercerai ke? Amboi soalan. Ia bukan benda yang mudah kerana ia akan beri kesan kepada semua orang. Kami perlukan masa dan ruang untuk fikirkan. Lain orang lain cara.
“Mungkin pada orang, saya tak matang. Tapi saya kena bersuara kerana nak beri semangat kepada yang senasib dengan saya. Kadang kala saya faham, ada yang sudah ada lima orang anak dan tak boleh buat apa-apa.
“Satu masalah saya, saya terlalu percaya orang. Saya suka fikir yang positif, saya takut bila fikir negatif, ia akan terjadi. Tak boleh jangka.
“Orang selalu cakap saya salahkan perempuan lain. Kenapa tak marah suami sendiri. Tapi saya tak boleh jawab. Mereka tak tahu sudah berapa kali saya bergaduh dengan Aliff. Takkan saya nak buat Insta Stories,” jelasnya.
Menjelaskan masih lagi berstatus isteri, namun keputusan untuk tinggal berasingan dibuat agar kedua-dua pihak dapat muhasabah diri dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan hubungan demi anak.
“Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa Allah. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbaik.
“Apa pun yang terjadi, sama ada masih bersama atau berpisah, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Dia masih ayah kepada anak kami.
“Kalau dia nak berubah, dia kena bantu diri sendiri. Saya tak boleh bantu.
“Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik memang sangat susah. Dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya. Itu menjadi kekuatan untuk saya,” tambahnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masanya Tepat Untuk Saya Kongsi Gaya Kegemaran,” – Jual Baju ‘Street Wear’ Sendiri, Semua Orang Boleh ‘Jadi’ Macam MK K-Clique!

Sebagai jaminan masa depan, penyanyi rap terkenal MK K-Clique kini muncul dengan jenama pakaian ‘street wear’ yang dikenali sebagai Threeotwo (302).
Diilhamkan oleh dirinya sendiri bersama bantuan ‘skuad’ kreatifnya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 25, menyimpan hasrat semoga jenama yang baru diusahakan ini menjadi satu ‘branding’ yang besar di peringkat serantau.
“Perkataan ‘threeotwo’ itu membawa maksud hukuman gantung sampai mati. Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering saya sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
“Kiranya dalam rap, saya seperti seorang yang menjatuhkan hukum. Memandangkan perkataan tersebut sinonim dengan saya malah peminat pun sudah sedia maklum, jadi saya gunakan ia untuk jenama bisnes sulung saya ini. Lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauhmana keterujaannya di dalam mengusahakan jenama pakaian tersendiri ini, bintang asal Tawau, Sabah ini mengakui dia ingin berkongsi citarasa di dalam fesyen dan gaya hariannya bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin ada yang kenali saya menerusi lagu sahaja. Jadi kini masanya tepat untuk saya kongsikan perihal gaya kegemaran pula.
“Malah saya sendiri tidak sangka bila kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk menantikannya sebaik saya memberitahu akan mengeluarkan pakaian atas jenama sendiri.
“Jangan risau kerana harganya mampu milik dan sesuai. Saya faham peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan menerusi www.threeotwo.com atau menerus instagram.
Selain berkongsikan perkembangan terbarunya itu, MK turut ditanya mengenai penglibatan bersama jemaah tabligh baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.
Tegasnya, pembabitan bersama golongan itu bukanlah untuk berhijrah secara drastik seperti yang disangkakan. Sebaliknya dia memilih untuk ‘keluar’ untuk cari ilmu dunia akhirat.
“Saya sertainya untuk mencari keseimbangan. Ia juga sebagai antara cara saya untuk insafi diri selain mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kata orang, kalau nak berubah, kita sendiri perlulah usaha dan inilah cara yang saya lakukan. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja,” katanya.
Dia pada masa sama turut menjawab persoalan mengenai kecaman yang diterima kerana masih berani untuk tayang badan di media sosial.
“Saya manusia biasa, tidaklah sempurna dan apa yang terpapar menerusi IG itu merupakan karektor diri. Bahkan, saya pun masih mencari rezeki termasuk di media sosial.
“Cuma kalau nak kaitkan ia dengan aktiviti keagamaan yang saya sertai tempoh hari, ia macam tak adil.
“Saya nak tegaskan di sini, saya tidaklah berubah serta-merta, cuma sedang cuba jadi Muslim yang lebih baik selain nak cari bekalan akhirat. Nak puaskan hati semua memang saya tidak mampu,” katanya lagi.
Foto: MK K-Clique
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI