Pelakon dan ushawan, Hanez Suraya bersyukur dan gembira kerana usia kandungannya kini sudah pun mencecah tiga bulan.

Bayi kedua Hanez dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais dijangka bakal lahir pada Julai tahun hadapan.

Malah pelakon itu turut berkongsi berita berkenaan menerusi salah satu posting di Instagram.

IKLAN

“Rezeki yg sgt berharga buat saya tahun depan. Masa saya dapat tahu saya pregnant, sama hari dengan saya diberikan kepercayaan memegang @deeja_cosmetic_hq Orang kata rezeki anak.

“Semoga pembuka tahun baru 2019 lebih diluaskan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yg baik, sentiasa positive, saya nak jadi lebih maju jaya! Doakan anak dalam kandungan saya sihat dan semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Amin. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai kehamilan keduanya ini, Hanez mengakui dia mengalami alahan yang agak teruk berbanding saat mengandungkan anak sulung, Putri Aleesya yang kini sudah pun berusia 2 tahun.

IKLAN

“Alahan yang saya alami agak teruk berbanding yang pertama. Malah sejak alahan mulai datang sejak kandungan cecah sebulan.

“Apa pun, alhamdulilah saya cuba untuk sibukkan diri dengan aktiviti lain seperti berniaga untuk ‘lupakan’ soal alahan, seterusnya dalam jalani proses kehamilan seperti ibu lainnya,” kata Hanez.

IKLAN

Ditanya mengenai jantina anak yang bakal lahir, besar harapan pasangan itu agar dikurniakan anak lelaki.

“Kalau boleh, biarlah lelaki jadi kiranya sepasanglah. Tapi kalau perempuan pun, kami terima yang penting anak yang akan dilahirkan nanti sempurna dan sihat, amin,” akhiri Hanez kepada MH.

Foto: Instagram Hanez Suraya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI