Penyanyi rock era 90-an, Izzaka atau nama sebenarnya, Mohd Zakaria Yaacob dilapor meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak kira-kira pukul 11.45 malam Rabu akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.

Memetik mStar, bekas isteri Allahyraham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, ketika dihubungi berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.

“Saya datang melawat arwah pada malam raya dan dia berada dalam keadaan separuh sedar jadi saya terus bawa dia ke hospital.

“Asid dan gula dalam badan arwah terlampau tinggi dan telah memberi kesan kepada buah pinggangnya.

“Pada awalnya doktor syak ada gas tetapi selepas buat pemeriksaan rupa-rupanya ada nanah dan perlu membuat rawatan bagi membuang nanah daripada merebak ke jantungnya,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Bagaimanapun, Hazana berkata, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selepas buat pemeriksaan melalui CT scan pada raya ketiga, dia tak sedarkan diri selama enam hari sehingga raya kelapan. Doktor bagi ubat tidur untuk rehatkannya.

“Tapi pada malam raya kesembilan tu, selepas rawatan membuang nanah, saya pergi melawat dia sekali lagi dan cuba bersembang dengannya tapi matanya tak terbuka, hanya air mata berlinangan,” katanya.

IKLAN

Allahyarham pernah berkahwin dengan Hazana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Jenazah akan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.

Izzaka sebelum ini terkenal dengan lagu berjudul Singkapkan Nur Suci dan Bunga Dedap selain pernah merakam sebuah lagu duet bersama bersama Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.

IKLAN

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Sumber/Foto: mStar

Alami Jangkitan Kuman Pada Buah Pinggang, Penyanyi Era 90-an, Izzaka Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI