Penyanyi dangdut Indonesia, Chacha Sherly dilaporkan meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo, kira-kira jam 12.00 tengahari.
Berita tersebut disahkan pengurusnya, Chorus Okky yang turut sedih dengan pemergian penyanyi berkenaan.
Difahamkan, bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan itu menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas koma akibat kemalangan itu.
Ketika kejadian, sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas lalu menyebabkan kenderaan yang mengikuti di belakang kemudian merempuh kenderaan itu termasuk kereta yang dinaiki Chacha.
Chacha sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Trio Macan sekitar tahun 2011 sebelum memilih untuk bergerak secara solo tahun lalu.
Sementara itu memetik CNN Indonesia, Chacha meninggal dunia kerana mengalami pendarahan serius di bahagian kepala.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Dulu Dagu Kotak, Hidung Kembang Kemek…,”- Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa, Dulu & Kini. Motif?
Setiap individu pastinya mempunyai transformasi terhadap diri sendiri baik dari segi luaran mahupun dalaman.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan pelakon Fatin Afeefa sering dihujani komen netizen yang menganggap perubahan dirinya dahulu dan kini sangat berbeza.
Sering berkongsi gambar OOTD dan swafoto di Instagrammya, Fatin mendapat komen berbaur sinis apabila ramai yang beranggapan bahawa perubahan fizikalnya sangat berbeza.
Antara komennya seperti;
“Dulu dagu kotak,skrg dagu tajam bentuk V,” komen netizen.
“Dulu hidung kembang kemek skrg hidung tinggi mcm minah saleh,” komen netizen.
“Dulu hitam skrg melepak beb!,”komen netizen
“Dulu bini org selekeh, skrg dh jadi janda hot siaaa,”balas netizen menerusi gambar tersebut.
Selain aktif drama, Fatin sebenarnya mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan pada tahun 2006 dengan mendukung watak tomboi. Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Aedy Asyraf,Erin Malik dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Yang Teramat Dekat Kau,” – Genap 10 Tahun Achik Spin Meninggal Dunia, Tajul Luah Rindu
Penyanyi Tajul Ariff menyatakan kerinduan kepada arwah abangnya, Achik Spin yang kini genap 10 tahun meninggal dunia.
Penyanyi itu turut memuat naik sekeping gambar arwah abangnya beserta surah Al-Fatihah.
“Al-fatihah, arini genap 10 permergian arwah abgku. Rindu yg teramat dekat kau bancik,” kongsi Tajul.
View this post on InstagramAl-fatihah, arini genap 10 permergian arwah abgku😭 Rindu yg teramat dekat kau bancik🤲🏻
A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) on
Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).
Menurut laporan, allahyarham yang ketika itu berusia 37 tahun tidak sempat menyelamatkan diri selepas terbabas dan melanggar papan tanda.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Al-fatihah buat Achik dan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.
Foto : Instagram Tajul Ariff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Tak Boleh Berdiri, Otak Dengan Mulut Tidak Boleh Berhubung,” – Nadia Ali Cerita Saat Berdepan Strok Otak
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Salam Untuk Kekasih, Nadia Ali menyifatkan pelancaran single terbaharu, Insaf sebagai suatu naskhah yang positif di dalam perkembangan kerjaya seninya.
Menurut Nadia, 50 atau nama sebenarnya, Zarina Mohd Ali yang sebelum ini diuji dengan penyakit strok otak yang kritikal enam bulan lalu, dia bersyukur dapat pulih dalam tempoh yang agak cepat.
“Kalau saya meninggal dunia semasa saya sakit sebelum ini, orang akan ingat saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih.
“Namun dengan adanya lagu Insaf, kalau berlaku apa-apa orang akan kenang saya dengan lagu ini dan ia sangat baik. Semoga lagu ini diterima Allah sebagai satu amalan,” luahnya.
Mengimbas pengalaman berdepan ujian tersebut, Nadia menjelaskan dia tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Ketika itu saya berada dalam keadaan sihat dan nak buat satu program untuk radio secara strim. Tiba-tiba saya tak boleh berdiri.
“Manakala otak dengan mulut tidak boleh berhubung. Nak cakap benda lain tapi yang keluar dimulut lain. Saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.
“Alhamdulillah pemulihan saya sekarang sudah 80 peratus,” katanya berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Terdahulu selain masih aktif menyanyi, Nadia yang hidup ditemani sepasang cahaya mata juga bergelar pengusaha hotel di Sipitang, Sabah.
Dia pada masa sama bersyukur kepada Allah SWT dan berdoa untuk terus mengisi rutin hidup dengan kebaikan.
“Kali ini saya takkan mensia-siakan hidup dan jaga kesihatan sebaiknya. Saya kini amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor.
“Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu ini kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada. Dengan rendah hati, saya berharap ia diterima Allah sebagai satu amal,” katanya.
Nadia menghasilkan sendiri lagu ini sepenuhnya, manakala Julfekar bertindak sebagai penerbit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI