Pelakon, Mawar Rashid sedang membilang waktu untuk melahirkan cahayamata pertama bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Bin Ahmad Yaakob atau dikenali sebagai Raf Yaakob.
Meski sarat hamil, namun penampilan finalis Dewi Remaja ini tetap tampak menawan bak seri bakal ibu.
Terbaru, Mawar telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya ketika dia sedang melakukan senaman dan berzumba di sebuah gim.
“Hari ni Mekwa buat cardio, treadmill 27minutes. Pastu alang2 join class Zumba yang light2 je.”
“Walaupun tengah preggy, tak de excuse untuk kita exercise KECUALI doktor tidak benarkan.”
“Tapi ingat, exercise, exercise jugak, warm up and stretching jangan tinggal, air kena minum cukup atleast 2 litre water and cukup rest especially to preggy mommy like me . Take care everyone! #7monthspregnant” tulisnya.
https://www.instagram.com/mawarashid/p/Bs8J96QlsB1/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=4mqdmnnqrg4p
Wah! Walaupun Mawar berbadan dua, tiada alasan untuk Mawar tidak bersenam dan menjaga kesihatan.
Rata-rata netizen memuji dengan Mawar yang sentiasa tidak patah semangat untuk bersenam meski sedang sarat mengandung.
Kandungan Mawar kini sudah berusia 7 bulan. Semoga semua urusan Mawar untuk melahirkan anak nanti dipermudahkan.
Untuk rekod, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2017 yang lepas.
Video : Instagram Mawar Rashid