Awal bulan lepas, penyanyi rap, Altimet pernah mengumumkan bahawa dia akan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun.
Ternyata, esok (Jumaat) merupakan album terakhir Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sekaligus merupakan album kelima buatnya.
Menerusi akaun Instagramnya pula, Altimet telah meluahkan rasa sedihnya itu dan memohon maaf sepanjang bergelar anak seni.
“Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana2la. Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku utk hiburkan diri atau orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Bunga itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang selama ini menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Terima kasih semua yang berbual pasal lagu2 aku samada secara positif atau negatif. Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni,”tulisnya lagi.
Disamping itu, anak kelahiran Selangor itu turut menyatakan bahawa ada kisah disebalik album terbarunya itu.
“Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu2 aku. Kalau ada yang jahil tu, paham2 ah aku bukan mcm tu lagi, dulu2 dah habis.”akhiri Altimet.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berdukacita atas keputusan Altimet itu (berhenti menyanyi) dan ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana telah mewarnai industri muzik tanah air.
Foto : Instagram Altimet