Awal semalam, pelakon Aisya Hasnaa ada memaklumkan khabar gembira apabila mengumumkan mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya.

Bayi perempuan yang diberi nama Zara Aleena Muhamamad Yasir selamat dilahirkan kira-kira jam 12.23 tengah hari semalam.

Memanjat kesyukuran pada Yang Maha Eda, bintang ini turut berterima kasih buat semua yang mendoakan.

Ads

“Praise be to Allah the Almighty for blessing us with this little bundle of joy. Assalamualaikum world, meet our first born Zara Aleena binti Muhammad Yasir.

“Delivered at 12.23pm this afternoon. Thank you for all the love and wonderful prayers. Syukur Ya Allah. ♥️ Love, Aisya & Yasir,” tulisnya lalu mendapat ucapan tahniah dari peminat, termasuk selebriti.

Ads

Sementara itu, kakaknya, cef selebriti Anis Nabilah turut memberikan dedikasi sama bersempena dengan kelahiran anak buah barunya itu.

Ads

Terdahulu, tarikh 9 Disember 2017 menjadi saksi apabila Aisya berkahwin dengan jejaka pilihan, Muhammad Yasir Azizan yang dikenalinya sejak zaman persekolahan.

Foto: Instagram Anis Nabilah, Aisya Hasnaa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI