“Alhamdulillah, Akhirnya Keluar Hero Juga,” – Syukur, Isteri Rody Kristal Selamat Bersalin Anak Kedua

Share

Tahniah diucapkan buat Niena Azman yang juga isteri kepada gitaris kumpulan Kristal yang telah pun selamat bersalin anak keduanya.

Perkara tersebut dimaklumkan Niena menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ni struggle skit berbanding Adith, apa2 pn tq pd Dr @yuliarifuddin dua2 hero die sambut.

“Tenang je die walaupun niena dh mcm apa je kt LR tu. En.Mi nk telan air liur pn x boleh.

“Muka die tgk niena sakit dh serupa muka cr tali gitar yg putus x jmpe. Ok gurau je! Thanks semua yg mendoakan niena dan baby B,” tulisnya.

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena pada 27 April 2018 lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama, Adithya Jabbar pada 14 Januari 2019.

Niena juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan.

Foto: Instagram Niena Azman

Published by
MH