Penyanyi dan pengacara Alif Satar memaklumkan dirinya telah disahkan negatif Covid-19.
Berita gembira itu dimaklumkan Alif menerusi Instagram, selepas 12 hari menjalani rawatan.
Di samping memanjat rasa syukur, Alif turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan
Imbas kembali, Alif telah disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu dan menjalani rawatan di Hospital Besar Melaka.
Selain Alif, beberapa ahli keluarganya iaitu datuk, ibu, bapa, dan adik bongsu Alif turut dijangkiti penyakit tersebut.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Eloklah Tu Tunjuk Aset,”- Promosi Produk Penjagaan Wanita, Ada Apa Dengan Foto Terkini Kila Fairy? Semuanya Gara-Gara…
Pelakon dan penyanyi, Kila Fairy ada memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram.
Gambar tersebut memaparkan Kila sedang mempromosikan sebuah produk penjagaan wanita.
View this post on InstagramSiapa nak wax or IPL tanpa derita, @bubblegumwax_ is the place ? Im never going anywhere else ??
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Bagaimanapun, perkongsian Kila itu mengundang perhatian netizen apabila gambar tersebut jelas ‘menampakan sesuatu’ pada bahagian dadanya itu.
Rata-rata netizen menegur baju Kila itu kelihatan agak sedikit nipis dan tidak sesuai untuk digayakan ketika berada di luar.
Amboi, laju betul mata korang ni ye. Lain yang nak ditunjuk, lain pula yang nampak.
Foto: Kila Fairy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Paling Gementar Cabaran Berbasikal,”- Kayuh Sejauh 180KM, Alif Satar ‘Join’ Ironman Langkawi!
Penyanyi dan pengacara Alif Satar tidak sabar untuk mengharungi cabaran Ironman yang diadakan di Langkawi.
Kongsinya, dia melakukan persediaan akhir menjelang kejohanan tersebut.
“Few hours to go, no turning back. 3.8km swim,180km cycle, 42km run,” tulisnya.
View this post on Instagramfew hours to go.. No turning back. 3.8km swim,180km cycle,42km run. #IronmanLangkawi2019
A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on
Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sesungguhnya akui berasa gementar untuk cabaran berbasikal kerana jaraknya yang terlalu jauh.
“Paling gementar cabaran berbasikal. 180km, that’s a long ride ladies and gentleman,” tulisnya lagi yang sudah dua tahun berturut-turut menyertai kejohanan tersebut.
Cabaran Ironman merupakan sebuah kejohanan yang menguji ketahanan fizikal setiap peserta.
Difahamkan, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah mengesahkan penyertaan untuk tahun ini.
Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sentuh Fasal Famili, Sangat Sensitif…,”- Zara Zya Perjelas Isu Luahan Sedih Di IG, Berat Kepala Dibuatnya!
Terdahulu, pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia ada berkongsi di akaun Instagram miliknya perihal kecaman dan komen berbaur negatif terhadap dirinya.
Semuanya gara-gara keputusan pelakon ini untuk memulakan perniagaan.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun itu telah menjadi perhatian daripada peminat.
Lalu, MH bertemu Zara Zya pada sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), semalam bagi mendapatkan ulasan lanjutnya.
Jelas Zara, bukan senang buat seseorang untuk memulakan perniagaan yang ada fasa turun dan naiknya.
“Bukan senang saya nak buat bisnes tau, which is orang tak tahu empat lima tahun saya berkecimpung dalam industri.
“Akan tetapi pada masa sama berkecimpung dalam bidang perniagaan juga, turun naik jatuh bangun bisnes tu tiada siapa yang tahu.
“Cuma sejak akhir-akhir ni, tak pasti kenapa makin ramai yang macam nak serang. Mungkin sebab terlalu ramai selebriti yang buat bisnes.
“Jadi mungkin ada yang ingat kita berniaga sekadar untuk duit sahaja, bukan berniaga betul-betul atas tiket barang tu bagus,”kongsinya.
Di samping itu, pelakon asal Lenggong, Perak itu turut meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada segelintir individu yang memberikan kata-kata negatif yang membabitkan keluarganya pada masa sama.
“Kata-kata orang ni bagi tekanan macam bagi impak berat kepala otak. Misalnya ada satu ketika, ia sentuh pasal keluarga pula.
“Bagi saya, isu itu sangat sensitif, tak ada siapa yang tahu susah senang saya so itulah terjadinya luahan di media sosial,”luah Zara lagi.
Bagaimanapun, turut Zara, dia kini kian positif dan boleh menghadapi situasi tersebut dengan sokongan keluarga.
Terdahulu, Zara telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti produk kecantikan, kesihatan serta makanan.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI