Bintang remaja Indonesia, Tegar mengumumkan berita gembira yang isterinya kini sedang hamil.

Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi satu posting terkini di Instagram miliknya.

Tegar yang kini berusia 19 telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang juga bintang YouTube, Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah.

IKLAN

“Di bulan Ramadhan tahun ini Tegar di temenin istri dan alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang Ayah,” tulisnya pada foto dirinya sedang memegang alat ujian kehamilan.

IKLAN


Malah isterinya turut berkongsi foto serupa di Instagram sambil menyifatkan ia rezeki dariNya.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian berkenaan, Tegar menerima ratusan komen yang menzahirkan ucapan tahniah buatnya dan isteri.

Terdahulu, nama Tegar mula dikenali ketika usianya 11 tahun selepas kemerduan suaranya sebagai penyanyi jalan menjadi tular, termasuk di negara ini.

Foto: Instagram Tegar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI