Seperti umum mengetahui, pelakon dan pengacara Elly Mazlein kini sedang hamil anak kedua.
Usia kandungannya kini sudah hampir mencecah usia 5 bulan kehamilan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menerusi Instagram, memaklumkan telah membuat pemeriksaan kehamilannya, baru-baru ini.
Pelakon drama bersiri Kampung People ini memberitahu bayi yang dikandungnya sihat lalu meluahkan rasa syukur bersama peminat.
“Alhamdulillah Baby Sihat Rini kepom buat #detailscan,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Bertudung Tawar Diri Jadi Bini Kedua, Nak Bagi Zuriat, Izzue Islam; “Minta Tolong Sangat Jaga Hati Isteri Saya.”
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam baru-baru ini melahirkan rasa ‘bengang’ dengan tindakan seorang wanita yang dikatakan keterlaluan apabila tergamak bergurau melibatkan isu sensitif mengenai mereka.
Menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata dia dan isteri, Awin Nurin, 40, pernah dihampiri seorang wanita bertudung yang secara tiba-tiba berkata ingin berkahwin dan memberikan zuriat kepadanya.
“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.
“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okay nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau.. rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.
“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu,” luah Izzue.
@melodiberapi Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi
Menurut Izzue, dia tidak menyangka ada individu yang ‘tergamak’ berkata sedemikian di hadapan mereka berdua malah penyanyi kumpulan Forteen ini turut meninggalkan ‘pesanan’ buat wanita tersebut.
“Tidak dinafikan memang beri kesan (kata-kata wanita berkenaan) kepada kami tetapi tidaklah sampai huru-hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu?
“Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.
“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam tu, tak elok! Awak perempuan, bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang,” katanya lagi.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin pada 2 Jun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Kamu Tak Akan Bahagia…,”- Desta Mohon Cerai Terhadap Natasha Rizki, Netizen Dakwa Gege Elisha Jadi Orang Ketiga?
Ketika ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan perkhabaran melibatkan pengacara dan pelawak terkenal, Desta yang dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga merupakan pelakon, Natasha Rizki.
Memetik laporan Insert Live, permohonan cerai tersebut telah disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Taslimah.
“Untuk penama tersebut (Desta), memang benar permohonan cerai telah didaftarkan ke Panitia Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
“Jenis permohonan talak yang diajukan pemohon kepada Pengadilan Agama Jakarta Selatan adalah untuk mendapatkan izin bercerai. Permohonan cerai telah dilakukan secara e-court pada 11 Mei lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, dalam permohonan tersebut, Desta hanya ingin berpisah dengan Natasha dan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian.
Prosiding permohonan cerai Desta dan Natasha dijadualkan bakal berlangsung pada 29 Mei ini.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi artikel terbitan, Insert Live, netizen Indonesia mendakwa pelakon dan pempengaruh, Gege Elisa menjadi punca keretakkan rumah tangga diantara Desta dan Natasha.
Malah, menerusi tinjauan MH di akaun Instagram Gege, rata-rata netizen menzahirkan rasa berang selain turut berharap agar perkara tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.
“Dulu, lihat dia cantik tapi selepas tahu berselingkuh dengan Desta, memang tak nampak cantik lagi. Bertaubatlah sebelum menyesal. Dunia hanya sementara.
“Kalau berita ini salah dan jatuh finah, semoga darjat kamu diangkat oleh yang di atas. Tapi kalau benar kamu jadi orang ketiga, semoga kamu tak pernah bahagia sampai bila-bila.
“Sanggup betul kamu? Anak mereka dah tiga. Cubalah berfikir lagi.
“Saya ke sini gara-gara berita di Tik Tok. Semoga hal ini tidak benar dan hanya berita palsu.
“Kalau betul, tolonglah jangan ganggu Desta dan keluarganya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Desta dan Nata telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 April 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Insert Live & Instagram Desta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Raya Terkejut’ Tetap Meriah, Ini 10 Selebriti OOTD Dengan Yang Tersayang Di 1 Syawal!
Sebaik dimaklumkan umat Islam akan menyambut raya hari ini iaitu 2 Mei 2020, ia bukan alasan buat ahli keluarga sama-sama berkumpul untuk tidak bergambar sama dengan apa adanya.
Meski ada tidak menjangkakan hal tersebut kerana rata-ratanya yakin hari raya akan jatuh pada Selasa, namun pastinya semua menyambut kedatangan 1 Syawal dengan penuh kemeriahan, termasuk barisan selebriti kita.
Menerusi Instagram, masing-masing berkongsi foto bersama dengan pakaian cantik sedondon dan ceria, bersama yang tersayang. Antaranya;
1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
2. Neelofa
3. Usop
4. Ikmal Amry
5. Zulin Aziz
6. Issey Fazlisham
7. Norman Hakim
8. Azhar Sulaiman
9. Nad Zainal
10. Mona Allen
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI