“Alhamdulillah…,” – Bagai Semalam Baru Bersalin Anak Sulung, Ardell Aryana Dah Habis Pantang 44 Hari

Share

Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya mata pertamanya, awal Jun lalu.

Berkongsi beberapa pautan foto selamanya berpantang sebelum ini, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin turut menzahirkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Throwback hari ke 7 berpantang (masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi, sekarang kuss semangat).

“Alhamdulillah harini dah habis 44 hari berpantang kami,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon, Nadzmi Adhwa ini pada masa sama berkongsi kisah sewaktu dia masih di dalam, khusus buat yang bertanya mengenai fasa tersebut kepadanya.

“Yang tanya saya amik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka boleh lah tanya-tanah tentang service dari diorang.

“CL saya dari @pantangplus , saya amik package 7 hari sahaja ( selebih nya jaga diri sendiri bila dah kuat sikit ) & Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam ( yang tengah cari Orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus

) package ikut masing nak berapa lama di jaga.

“Barang2 keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu.

“Jadi yang nak cari orang jaga waktu berpantang tu boleh la cuba, selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga urut, bertungku semua.

“Yay dah Merdeka !! Eh,” kongsi Ardell panjang lebar.

Terdahulu, pasangan selebriti berkahwin pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 lalu.

Foto: Instagram Ardell Aryana

Published by
MH