Pelakon, Nas-T sanggup berkorban dengan menjalani rutin diet yang agak ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk menjayakan watak Keluang Man di dalam filem Keluang Man The Movie.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, dia harus kekal dengan bentuk badan sebegitu bukan sahaja sepanjang tempoh penggambaran tetapi sehingga promosi filem ini selesai pada tahun hadapan.
“Saya buat persiapan untuk filem Keluang Man ini sudah masuk 10 bulan. Saya diberikan masa sebulan untuk mendapatkan ukuran bentuk badan bagi watak ini.
“Sudah 10 bulan juga saya diet. Saya langsung tidak mengambil karbohidrat dan hanya makan sumber protein sahaja. Malah, proses ini akan berterusan sehingga tempoh promosi filem ini tamat iaitu pada tahun hadapan.
“Pada mulanya, agak sukar juga saya nak membiasakan diri. Namun, lama kelamaan, saya sudah biasa untuk tidak makan nasi. Tengok nasi pun dah tak lalu. Rasa pelik bila makan nasi,” katanya kepada MH.
Ads
Nas-T berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran sut rasmi Keluang Man, baru-baru ini.
Pada masa sama, pelakon filem Kami The Movie ini turut memaklumkan dia sanggup menolak tawaran berlakon yang lain demi memberikan fokus terhadap Keluang Man.
“Untuk projek Keluang Man ini, jadual saya sangat padat. Jadi, saya tidak akan terima tawaran-tawaran lain. Fokus saya adalah Keluang Man sahaja. Ini projek paling lama pernah saya buat.
Ads
“Kini, penggambaran pun dah tamat dan mungkin saya terbuka untuk terima tawaran lain. Namun, saya tak boleh lari jauh daripada imej Keluang Man. Saya tidak akan ubah bentuk badan,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia mendapatkan bayaran lumayan sehingga sanggup berkorban seberat ini, ini respon Nas-T;
“Alhamdulillah. Namun, saya terima tawaran ini bukan disebabkan duit semata tapi kerana jenama Keluang Man itu sendiri. Saya membesar dengan watak animasi ini.
Ads
“Sejak daripada awal, saya memang nak sangat watak ini. Kena ingat, watak ini bukan diberikan kepada saya seperti projek-projek lain.
“Saya sendiri pergi sesi casting dan tunjukkan kebolehan. Bila diterima, ia ibarat mimpi jadi kenyataan,” akhirinya.
Terdahulu, filem Keluang Man ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran selama 64 hari dan dijadulakan akan ditayangkan di pawagam pada 2025.
Selain Nas-T, filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Noh Salleh, berang dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan termasuk jenama keluarannya sendiri.
Menurut Noh, dia menyifatkan tindakan tersebut seperti ingin membunuh semangat usahawan lokal yang selama ini berjuang untuk menaikkan jenama mereka sendiri.
“Salam kawan-kawan just nak inform ni adalah platform pirate lanun yang jual barangan tiruan termasuklah brand-brand lokal macam Hikari Riders and The Cap City.
“Kami nak tegur elok-elok tapi semua account kami dah kena block. So incase kenal, tolong tanya tak malu ke makan daging bangsa sendiri,” tulisnya.
Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh vokalis band Hujan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia terkilan kerana barangan yang diciplak itu merupakan produk edisi terbaharu yang baru sahaja dilancarkan, baru-baru ini.
Lantaran, Noh memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan gejala seperti ini terus berlaku.
“Ke memang bangsa kita suka barang tiruan sampai orang Kota Bharu ni lincah beroperasi? Sebab apa?
“Sebab topi Cap City X Hikari tu baru release diorang dah tapau kaw-kaw buat kerja.
“Penyeleasaian dia kita akan buat. Maybe anta surat lawyer dulu kot. Tak nak la gaduh-gaduh,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut selain turut berharap agar Noh untuk meneruskan tindakan undang-undang.
“Tengok pun fake. Macam manalah produk lokal nak maju.
“Tak malunya jual barang fake. Jenama lokal pula tu.
“Meriah dia promosi dekat Instagram barang-barang copy macam tu. Di belum kenal KPDNKK kot. Kalau nak seru, kejap je ni. Bersih kedai dia.
“Saman je jangan kasi muka,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, account Instagram milik peniaga berkenaan dikatakan telah pun menyekat akaun Noh dan menyukarkan proses untuk berbincang.
Malah, peniaga tersebut dikatakan secara terbuka mempromosikan topi tiruan tersebut di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noh Salleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil mempertahankan suaminya yang didakwa sengaja mencipta kontroversi dengan memakai subang hidung demi meraih perhatian dek kerana sudah kurang tawaran kerja.
Menurut Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof, suaminya itu tidak memerlukan publisiti sedemikian kerana tawaran kerja ketika ini tidak pernah putus.
“Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus.
“Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, mungkin orang luar tidak tahu mengenai jadual kerja suaminya itu kerana dia jarang berkongsi di media sosial.
“Bezanya suami saya ni susah nak share di media social. Semoga Allah mudahkan urusan adik ya,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ezza berharap orang ramai agar tidak cepat melatah atau mudah jatuh hukum terhadap seseorang.
Bahkan, secara berseloroh dia turut menyatakan suaminya itu sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya.
“Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan dekat saya, tenang okey,” ujarnya.
Baru-baru ini, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, yang hadir pada majlis pelancaran drama terbaharunya The Secret mengejutkan tetamu apabila muncul dengan imej bertindik pada bahagian hidung.
Remy menyatakan tidak kisah dikecam kerana tampil dengan imej berbeza, selain mengakui subang yang dipakai itu palsu serta hanya sekadar fesyen.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama, Tuah Alam yang dilahirkan pada tanggal 27 Julai 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ezza Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, vokalis kumpulan Xpose, Furhan atau nama sebenarnya, Ahmad Khairul Furhan ada meminta doa ramai agar mendoakan kesihatan bapanya, Zahari Ismail yang kini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan bintang ini menerusi Instagram, selain turut berkongsi foto sama di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum… Dengan rasa rendah diri saya mintak semua mendoakan kesihatan Abah saya Cikgu Zahari bin Ismail yang mengalami jangkitan kuman di paru paru.
“Sekarang berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
“Mintak semua doakan kesejahteraan dan kesihatan Abah.
“Abah jarang sakit..tak pernah masuk hospital selama saya hidup 27 tahun..doakan abah saya ye…,” tulis Furhan di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat terus menitipkan dedikasi serta mendoakan agar bapa penyanyi ini segera sembuh.
Foto: Instagram Furhan Xpose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...