Aktor terkenal, Remy Ishak memaklumkan isteri tercintanya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pagi Khamis.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bayinya itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi di sebuah hospital swasta di ibukota.
“Assalamualaikum, Alhamdulilah isteri saya Ezza Yusof telah selamat bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” tulisnya.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon filem Hijrah Jannah itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Ads
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik.
Ads
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Remy dan isterinya masih belum mendedahkan jantina serta wajah penuh bayi mereka itu.
Ads
Sekadar informasi, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas hampir lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.
“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.
Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.
Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.
“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,
“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi cerita perihal pembabitannya dalam program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bersama pengikut di Instagram miliknya.
Kongsi Fazley, dia rasa kagum dan hormat dengan keupayaan para peserta GV8 lain yang rata-ratanya mempunyai sejarah yang cukup baik.
“Minggu ke-4?! Allahuakbar! Rezeki yang saya tak pernah jangka! Pentas hebat ini sangat besar untuk keupayaan saya yang sedang-sedang saja.
“Jika dibandingkan dengan peserta lain yang terlalu dasyat dalam dunia nyanyian @gegarvaganzaofficial.
“Saya seorang tukang masak, yang kebetulan pernah menjadi penyanyi rakaman, berbanding dengan rakan-rakan lain yang menjuarai sama ada pertandingan nyanyian yang hebat2 atau sering perform di pentas besar di kaca TV sepanjang kerjaya seni mereka.
“Saya tabik hormat buat semua peserta #gegarvaganza8 . Saya sangat kerdil di sisi anda semua,” tulisnya.
Meski begitu, Fazley memberitahu bahawa tetap tidak berputus asa dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada penonton dari minggu ke minggu seterusnya.
“Namun ini tak pernah bermakna saya patah semangat, malahan saya tetap kekal berusaha untuk buat lebih baik dari minggu sebelumnya!
“Minggu ini saya keluar terlalu jauh dari zone selesa saya, saya usahakan untuk hafal choreography lagu dangdut, saya belajar bergelek dengan penari2 saya @sherinadhillon malahan malam sebelumnya
“Saya sempat belajar bergelek dengan isteri saya sampai pukul 3 pagi! Terima kasih Adik sayang! @azrene_ahmad,” tulisnya lagi.
Selain itu, Fazley akui untuk persembahkan irama Dangdut sambil menari pada masa sama bukan satu perkara yang mudah dan berbeza daripada zon selesa nyanyiannya sebelum ini.
“Lagu ini saya mula2 cuba nyanyikan versi hindi, tapi ibu saya sendiri @rsd.umi nasihatkan supaya kekal dengan versi melayu kerana tahu saya struggle sangat dengan lirik hindi.
“Apatah lagi nak menyanyi lagu dengan ‘air’ dangdut yang tak pernah-pernah saya buat seumur hidup! Ya Allah, pada saya ianya sangat sukar-menari, bergelek dan menyanyi dangdut,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fazley bakal menyampaikan lagu berjudul Mahligai Syahdu, nyanyian asal Datuk Hattan untuk konsert minggu keempat GV8, pada Ahad depan.
Malam tadi, Fazley menduduki tangga kedua tercorot selepas Nico G, dengan mengumpul markah sebanyak 54 peratus.
Program GV8 bersiaran langsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas madu kepada pelakon, Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah di atas berita kehamilan aktres itu, hari ini.
Dia berbuat demikian menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’ di ‘Instagram Story’nya, hari ini.
“Alhamdulillah…tahniah ex madu. Hahahaha, InsyaALLAH bonda pun berhak bahagia. Gitu, OTW la ni ke jalan bahagia,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga yang sempat bertanyakan hubungan Intan dengan bekas suaminya, Ude terutamanya layanan yang diberikan terhadapnya.
“Macam musuh. Hahahahahaah… tak pernah tanya, dah buang watpe nak tanya lagi kan? Hihihi,” balas Intan.
Sementara itu, ada juga yang bertanyakan sama ada Intan sudah ‘move on’ dengan insiden yang melanda dirinya tahun lalu dan sama ada ‘dua insan’ tersebut ada meminta maaf kepadanya.
Dia juga menjelaskan bahawa tidak mahu menunjuk sekiranya dia boleh mencari teman pengganti.
“Sejujurnya sudah. Takde…sama je. Ermm tak perlu. Kalau kita dah ada someone pun biar kita je yang tahu,” jelasnya lagi.
Intan berpisah dengan Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid pada Mac tahun lalu.
Sepanjang berkahwin, mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Arish Muqri, 4 tahun dan Ariq Muqri, 2 tahun.
Ude dan Izreen dijangka bakal menerima cahaya mata pertama mereka Julai depan.
Foto/Instagram: Intan Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!