Pelakon Anna Jobling terbang ke Jakarta Indonesia baru-baru ini khusus bagi mengisi masa seterusnya bertemu peminatnya di sana menerusi majlis rumah terbuka yang istimewa.
Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, juga terbang ke Indonesia atas komitmen kerja seninya.
Menurut Anna, Rumah Terbuka tahun ini dilakukan di Jakarta susulan mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.
“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia.
“Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen”, katanya.
Ads
Anna sebelum ini dikecam gara-gara kenyataannya disalah tafsir selepas dia tidak mahu berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka.
Kononnya, Anna tidak mahu peminat datang menyerbu ke rumah ketika Hari Raya.
“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya.
“Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya”, kata memperjelas.
Ads
Anna menambah, setakat ini tidak timbul sebarang isu kalau ada yang beranggapan dia tidak berlaku adil dengan peminatnya di Malaysia dan Indonesia.
“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya. Tak timbul isu pilih kasih atau tidak.
“Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja selain mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.
“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.
“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abby Abadi menerusi entri terbaru memaklumkan bayi pra-matangnya kini hanya menggunakan 40 peratus alat bantuan pernafasan berbanding sebelum ini.
“Assalamualaikum Helloooooo. Pagii dari Mama Abah & Baby. “Hari ni Baby besar kami start periksa. Doakan ye… Semoga ALLAH mudahkan urusan anak2 kita. “Dan kami otw ke hospital skrg… Doakan tau! Nak update selalu tak sempat. Cuma semalam Alhamdullillah, dari 90% bergantung pada mesin pernafasan, lepas tu 65%, turun 50%, semalam 40%. Syukur.
“Doakan sentiasa k utk Baby Danial kami. Penyakit lain dtg & pergi. Yakinnnnn! ALLAH kuatkan Baby Danial utk terus bertahan, Amin!,” kongsinya.
Sekadar imbasan, pelakon Gerak Khas ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kesal dengan tindakan segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri untuk menghisap rokok elektronik (vape) berdekatan dengan orang ramai terutamanya bayi, pelakon Nina Iskandar meluahkan rasa di Instagram Storiesnya.
Katanya, dia berasa kurang selesa apabila golongan tersebut tidak peka dengan persekitaran sekeliling.
“Kita yang mengandungkan dia selama 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan dia.
“Senang2 je org sekeliling nak expose him to vape/cigarette smoke. Don’t they know that its health-deteriorating for the baby
“Vape is much better than cigarettes konon.. have some knowledge on this, pls. KNOW how hazardous it is to our health regardless of which,” luahnya.
Malah, pemilik nama penuhNur AkmalinaIskandar itu turut memikirkan kesan jangka masa panjang bagi mereka yang menghidu bau asap tersebut.
“Guys ini adalah satu contoh of ‘taking things for granted’. Nanti bila dah asma or anything’s happend to babies baru menyesal. Baru nak apply ‘lesson learned’.
“Remember prevention is better than cure!
“My Allah protect my child’s health,”tulisnya.
Nina berbuat demikian kerana mahu orang ramai peka dengan persekitaran sekeliling terutama golongan kanak-kanak, bayi dan wanita mengandung.
Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama Azlan Adzanan pada April 2019 dan telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos tahun sama di Forest Valley, Cheras.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang dilahirkan pada 23 Disember lalu.
Video : Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang satu ini. Bukan sahaja dikenali di Malaysia, bahkan dia juga merupakan antara personaliti popular yang menjadi bualan ramai di Indonesia. Semuanya bermula apabila dia memenangi gelaran Puteri Muslimah Asia pada tahun 2018 dan sekaligus diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara televisyen popular di sana.
Di Malaysia, namanya kini sedang mekar dengan tanggungjawab sebagai hos, pelakon dan juga jurucakap produk terkenal. Mungkin ramai yang tahu, wanita berusia 29 tahun ini merupakan graduan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan dia amat aktif melibatkan diri dalam perlbagai pertandingan seperti pidato, bahas dan sebagainya ketika di bangku persekolahan dan juga universiti. Jadi tidak hairanlah apabila dia sangat petah bila berkata-kata.
Kelmarin Uyaina telah berkesempatan menjadi juri jemputan untuk Pertandingan Pengucapan Awam Saya #remajaMalaysia anjuran Majalah Remaja dan Ideaktiv. Kelibatnya ketika pertandingan itu berlangsung menjadi perhatian dan juga kesempatan untuk para finalis mendapatkan tip serta nasihat untuk menjadi lebih yakin apabila berhadapan dengan khalayak ramai.
Ujarnya, “Selalunya di DM dan apa jua saluran, ramai yang bertanya kepada Yana bagaimana hendak meningkatkan keyakinan diri. Jawapan saya tidak pernah berubah, dengan ilmu. Kalau kita ada ilmu dan pengetahuan, apa yang kita hendak sampaikan akan menjadi lebih yakin sebab semuanya berlandaskan fakta yang betul. Jangan jadi seperti tin kosong, banyak bunyi tetapi isinya tiada.”
Kehidupan di zaman serba pantas ini menjadikan segala maklumat berada di hujung jari. Apatah lagi bagi mereka yang aktif melayari internet. Untuk remaja khususnya Uyaina mempunyai pesanan tentang membina jati diri dan juga keaslian di dalam personaliti.
“Untuk generasi masa kini Yana yakin yang ramai outspoken, yang lebih bijak mengunakan kata-kata untuk berhujah dan sebagainya. Paling penting tonjolkan sisi individual anda dan jangan terikut dengan cara penyampaian orang lain. Stay true to yourself dan tonjolkan kredibiliti apabila berhujah.”
Sekadar informasi, ketika ini Uyaina sedang sibuk sebagai hos kepada rancangan bual bicara wanita popular, Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 selain turut bergelar duta kepada jenama tudung terkenal, Ariani.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sudah pun menyelesaikan isu perselisihan faham yang berlaku di antaranya bersama rakan pelakon, Datuk Aaron Aziz.