Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan penyanyi, Baby Shima yang didakwa telah mempersenda tokoh orang kelainan upaya (OKU), Zhariff Affandi di aplikasi TikTok.
Video yang telah pun tersebar di seluruh platform media sosial itu nyata mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan Shima seolah-olah tidak sensitif dan biadap.
Menerusi perkongsian di Instagram pada petang Isnin, Shima telah pun tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut dan mengakui akan kesilapannya itu.
Jelas penyanyi berusia 28 tahun itu lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk bersikap biadap kerana pada awalnya dia sendiri tidak tahu individu berkenaan merupakan seorang insan istimewa.
“Assalammualaikum..Pertama kali Shima nak jelaskan tentang video yang viral di perkatan ketika ini.
“Benda ni berlaku dalam 4 hari lepas, Shima ada ternampak video tu, Shima tak tahu yang insan tu oku. Jadi Shima saje-saje buat konten, selepas 30 minutes upload Shima tengok komen yang menyatakan insan tersebut Oku.
“Dan shima segera cek kesahihanya dan shima pun padam video tersebut dengan rasa penyesalan. Sumpah Demi Allah Shima tak de niat langsung mempersendakan beliau,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, penyayi lagu Pura-Pura Bujang ini turut berkongsi rakaman video permohonan maaf yang dibuat menerusi panggilan telefon bersama Zhariff .
Malah, Shima turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang dilihat sengaja menyebarluaskan lagi video tersebut bagi mengeruhkan lagi keadaan.
“Tetapi ada orang ni sempat rakam dan upload kat Twitter video ni, tak tahu apa tujuan orang tu buat, mungkin nak mengeruhkan lagi keadaan.
“Bagaimanapun Shima ambil kesempatan ini untuk memohan maaf, dan Shima telah pun dah bercakap dengan abang @zhariff_afandi tadi.
“Insyallah shima akan ambil ini jadikan sebagai pengajaran buat diri Shima dan shima akan lebih berhati-hati lagi,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Shima turut berjanji yang dia akan lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam setiap pemilihan konten di platform media sosial.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai selain turut berharap agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pengarah, Michael Ang dituntut untuk membayar semula RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd selepas dia didakwa gagal menunaikan perjanjian yang dimeterai kira-kira tiga tahun lalu.
Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua menerusi satu sidang media, hari ini.
Antara isi kandungan dalam dua kontrak berkenaan ialah jaminan Michael untuk memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular.
Antara lain juga, artis di bawah pengurusan Armani dijadikan pelakon utama dan pelakon pembantu dalam drama terbitan syarikat sutradara itu.
“Kami sudah membayar RM250,000 tunai, manakala RM250,000 lagi adalah kos renovasi rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur yang dibayar menerusi program Fix It Til You Make It.
“Bagaimanapun Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam kontrak iaitu memasukkan sebuah runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri di enam lokasi.
“Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggunjawab yang dijanjikannya,” katanya.
KK Chua menambah, pihaknya sudah menghubungi Michael selepas kontrak pertama gagal dipenuhi seterusnya berbincangan telah dibuat dan mereka menandatangani perjanjian kedua pada 2 September 2022.
“Disebabkan dia tidak dapat melakasanakan tanggungjawab dalam kontrak pertama, kami minta dia pulangkan semula wang dan Michael enggan berbuat demikian.
“Selepas memberi peluang kedua, pengarah tersebut masih gagal melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan seperti termaktub dalam kontrak.
“Jadi setelah mengambil kira pelbagai faktor, pihak kami telah menfailkan saman kepada Michael. Saya berharap pengalaman malang yang menimpa pihak Armani Entertainment boleh dijadikan peringatan untuk orang di luar sana supaya lebih berhati-hati,” katanya.
Dalam sidang media itu, peguam KK Chua, Lim ZiHwei menerusi ZI & Associates memaklumkan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 19 Mei lalu, perginya seorang chef selebriti terkenal, Adam Mahamed Ismail menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru.
Tidak sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Fatimah Omar Mukhlis yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham antara lapan anak saudara yang rapat dengan arwah ada berkongsi video.
Menggunakan akaun Instagram, thefamily.uk, video tersebut melihatkan kali terakhir arwah mengalunkan takbir raya pada tahun lalu, sambil dipangku Fatimah.
“Last Eid with Mamajee #malamraya Date: 14th June 2018 Time: 10.55pm Location: Manchester,” tulisnya.
“Tak ada. Semuanya tak ada.” Demikian jawapan ringkas diberikan aktres, Emma Maembong apabila ditanya sama ada punca perpisahannya bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar,...