Terbaru pelakon Mawar Rashid telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya menerusi entri terkini.
Kongsi pelakon yang berusia 23 tahun itu, dia kini sudah pun selesai tempoh berpantang dan bersemangat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu.
“Alhamdulillah dah abis pantang! Hari ni first time matchy2 with my SON. Stripes day! /// Omg macam tak percaya sekarang dah ada anak lelaki sorang. Syukur Alhamdulillah.”
“Tengok la si Raden kecik ni, baru 44 hari badan dia dah semangat sangat da, Mommy dia pulak kecik cinonet je . Dah best da nak pegang & angkat sebab kuat dah badan dia. @radenrafaelraf”tulisnya.
Di samping itu, peminat memuji Mawar yang kelihatan sangat comel bersama anaknya.
Ads
Malah, ada juga peminat yang mendoakan kesejahteraan Mawar sekeluarga.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael.
Bapa kepada penyanyi Sissy Imann, Mohammad Kamil Mustaffa, mendedahkan anak gadisnya itu setakat ini hanya duduk di dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
Ia dipercayai susulan kritikan keras yang diterima Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel daripada juri, Mas Idayu pada saingan minggu keenam Famili Duo, Ahad lalu.
Bagaimanapun, Mohammad Kamil mengakui anak gadisnya itu seorang yang kuat.
“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga.
“Sissy seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” katanya.
Malah, Mohammad Kamil berkata juga tidak sangka ramai yang tampil memberikan sokongan kepada anaknya.
“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya.
“Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya lagi, petik Harian Metro.
Dalam pada itu, Mohammad Kamil turut menafikan tindakan Sissy mahu bertindak menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London dengan harga RM20 sebagai gimik.
Jelasnya, apa yang berlaku baru-baru ini memberi impak besar terhadap anaknya itu dan dia sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat Sissy.
“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya.
“Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, persembahannya bersama Naim Danielmenerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.
Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas hingga tidak dapat meneruskan ucapan selepas diminta hos, Janna Nick.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi kumpulan OAG, Radhi kini sedang mengumpul wang bagi menampung kos rawatan pembedahan mata kanannya yang berdepan masalah penglihatan akibat katarak.
Radhi menerusi Harian Metro menjelaskan, dia mula perasan keadaan mata kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik sekitar Mac lalu.
“Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang.
“Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan.
“Dianggarkan kos pembedahan itu sebanyak RM3,000. Jadi sekarang saya sedang usaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain timbul,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, bintang ini menyifatkan apa yang berlaku adalah petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menjadi insan yang lebih baik.
“Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap.
“Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Radhi bakal muncul dengan sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini.
Konsert yang dikenali sebagai Maya Konserto OAG Mods menampilkan Radhi bersama rakan-rakan seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan Nazrin (OAG).
Maklumat untuk tiket berharga RM30, sila layari laman web rasmi uberticket.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera, 27, menegaskan dia tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Andika atau lebih mesra disapa Dika berkata, dia terkejuta pabila dituduh curang dengan pekerja dan isteri orang, sebelum ini.
“Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri.
“Namun kami masih lagi tiada persefahaman sehingga masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Penceraian ini juga berlaku secara baik dengan bekas isteri.
“Walaupun sudah bercerai, saya masih berusaha melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaik mungkin seperti memberi duit nafkah anak dan duit mutaah setiap bulan tanpa gagal kepada Natasha selain menguruskan rawatan mata Alisha.
“Dan sepanjang berumahtangga dengannya, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.
“Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya,” katanya.
Bagaimanapun Dika mengakui atas kekhilafan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri, ia telah disalah tafsir dan dimanipulasikan individu-individu tidak bertangungjawab. Mereka juga telah dikenalpasti untuk diambil tindakan perundangan.
“Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenal pasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.
“Tak fasah-fasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Dika berharap dengan penjelasan yang diberi, isu skandal berkenaan tidak diperbesar-besarkan lagi kerana ia akan mengelirukan ramai pihak.
Dika juga menegaskan sekiranya ada pihak yang cuba untuk terus memfitnah dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Sementara itu ada juga pihak yang terkesan dengan fitnah yang dilemparkan juga akan juga tampil membuat kenyataan media bagi menjernihkan keadaan yang tegang selain menghentikan tuduhan yang tidak masuk akal ini.
“Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.
“Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau sayaakan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya,” tegasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!