Setelah menimbulkan kerisauan banyak pihak selepas memuat naik beberapa hantaran di hospital, penyanyi, Black akhirnya menjelaskan dirinya baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil pada Khamis.

Pembedahan yang dijalankan disebuah hospital swasta di Shah Alam adalah bertujuan untuk membuang ketulan di bahagian bawah perut.

“Alhamdulillah, operation berjalan dengan lancar selama satu jam. Ketulah di bahagian bawah perut dapat dikeluarkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Saya dah dalam perjalanan pulang ke rumah. Ia hanyalah pembedahan kecil sahaja,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Sofea Jane ini turut berkongsi sebuah video yang memaparkan perjalanannya sepanjang menjalani pembedahan.

Malah, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah turut merakamkan ucapan penghargaan buat para doktor dan petugas hospital yang telah menjaganya dengan baik.

Ads

“Terima kasih semua. Para jururawat sangat peramah dan doktor juga sporting. Terima kasih,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Black turut berkongsi foto ketulan di bahagian perutnya itu buat tatapan umum.

“Alhamdulillah, Dapat Dikeluarkan…,” – Ada Ketulan Bawah Perut, Black Selesai Jalani Pembedahan

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Black kembali sembuh seperti sedia kala.

“Semoga cepat sembuh Black.

“Ya Allah, semoga semua dipermudahkan dan cepat sembuh.

Ads

“Dayyan, jaga daddy dengan baik ye.

“Semoga cepat sembuh Black. Muka awak macam anak saya. Terasa macam sedih pula kalau bab-bab sakit ini,” antara komen-komen netizen.

Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Black itu telah meraih lebih 20,000 tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Black

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI