Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman, mengakui dirinya berasa amat gembira selepas berjaya mengislamkan seorang wanita menerusi platform Instagram Live baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, dia sebenarnya lebih selesa untuk bertanya beberapa soalan terlebih dahulu sebelum mengislamkan para saudara baru.
View this post on Instagram
“Selalunya kalau ada orang chat cakap nak masuk Islam (cik man lagi suka guna ayat kembali ke asal), cik man akan tanya beberapa soalan.
“Pertama, ada orang paksa kau? Kedua, kau rasa terpaksa? Ketiga, ada Tuhan selain Allah? Keempat, ada Nabi selepas Nabi Muhammad? Kelima, kau pernah kaji tentang Islam?,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh juara program, Pencetus Umah musim ke-2 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, wanita yang dikenali sebagai Preeteey itu telah pun dengan secara rela hatinya ingin memeluk agama Islam.
“Alhamdulillah, dengan kerelaannya, dia memilih untuk kembali ke asalnya. Islam bukan agama untuk kaum tertentu dan bangsa tertentu sahaja. Bahkan rahmat untuk seluruh alam.
“Doakan Cik Man dan dia dan kita semua konsisten atas tauhid sampai hujung nyawa. Moga Allah merahmati dan membimbingmu @preeteey_woo dan kita semua,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Cik Man turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan dirinya dan juga Preeteey untuk terus istiqomah dalam mengejar reda Allah SWT.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan yang terbaik buat Cik Man dan juga Preetey.
“Allahuakbar, alhamdulillah. Tahniah Cik Man.
“Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah.
“Rasa nak nangis pula tengok. Bertambah seorang saudara seislam kita. Alhamdulillah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi hampir satu minit itu telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani hampir ribuan komen.
Sumber: Instagram PU Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI