Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran.

Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.

“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama.

“Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah!

Ads

“Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya.

Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir.

“Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industry ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.

Ads

“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.

“Alhamdulillah Dengan Posting Uqasha Senrose…,” – Sempat Solat Jemaah Dengan Kru Produksi Di Set Penggambaran, Michael Ang Luah Rasa “Alhamdulillah Dengan Posting Uqasha Senrose…,” – Sempat Solat Jemaah Dengan Kru Produksi Di Set Penggambaran, Michael Ang Luah Rasa

Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama.

Sumber: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI