Nur Nilam Ortis yang juga isteri kepada pelakon Azlan Komeng mendedahkan situasi hubungan perkahwinan sahabat baiknya iaitu Ira Kazar dengan pengarah Syamsul Yusof yang didakwa bergolak.
Menurut Nur Nilam, 45, dia ada bertanya Ira susulan dakwaan itu memandangkan pada pendapatnya, pasangan tersebut dilihat masih bahagia bersama.
Malah, dia sudah menghubungi Ira bagi mendapatkan pengesahan dan anak kepada aktor Kazar Saisi itu menolak dakwaan tular sebagaimana yang diperkatakan di media sosial.
“Baru-baru ini saya ada di Batu Pahat dan saya ada buat sesi siaran langsung. Ada pengikut dan kenalan yang bertanya. Saya minta Abang Lan (suami) mesej dia memandangkan saya tengah ‘live’, tanya dia apa semua.
“Tiada isu itu pun dan semasa nak dilakukan sesi temu bual ini saya ada hubunginya juga… Betulkah? Tiada,” katanya, petik laporan temu bual mStar.
Nur Nilam menerusi video sama antara lain mengakui mungkin pasangan tersebut tidak berkongsi hal rumah tangga atas alasan tersendiri.
“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun bersama Syamsul. Cuma Syamsul kemudian tinggal Ira di rumah saya dan tak tahulah dia pergi mana, tak kan saya nak tanya ‘laki kau pergi mana?’ Betul tak?
“Kalau nak cerita pasal keretakan rumah tangga, diaorang alhamdulillah kot. Diaorang bahagia kot. Aku tengok bahagialah.
“Cuma diaorang tak post, mungkin iyelah kita fahamlah engkau kena kecam kot. Tak kan engkau nak post kan, macam tu. Kalau keretakan rumah tangga tak ada,” katanya.
Nilam juga memaklumkan sebab dia berkongsi mengenai perkara yang diperkatakan kerana ramai bertanya atas hubungan akrabnya dengan Ira.
“Cerita ini cerita dia, jadi tidak bagus bagi saya masuk campur. Cuma saya tanya pada dia, boleh kah kalau saya berikan kenyataan ini. Sebab ramai yang bertanya.
“Sebenarnya saya memang tak suka nak masuk campur hal orang. Statment demi statment melibatkan saya… Ini memang tak bolehlah.
“Sebab itu saya beritahunya, saya kena bercakap sebabnya orang duk bercakap saya ni rakan baik dia, support dia dan sebagainya… tak bagus untuk saya.
“Cuma saya cakap pada Ira, saya akan bercakap benda inilah, benda benar. Isu bercerai ke tak ada sebab saya ada tanya dia.
“Tak tahulah kalau dia tipu saya. Dia cakap tak ada, okay je apa semua. Itu saja yang saya tahu,” katanya lagi.
Nilam pada masa sama turut menjelaskan mengenai perkembangan mengenai ugutan yang pernah diterima selepas membuat sesi siaran langsung bersama Ira sebelum ini.
Selain itu, Nilam mengharapkan warga net untuk tidak mencampuri urusan orang hingga menimbulkan pelbagai kecaman di samping turut menjelaskan sejauh mana hubungan akrab yang terjalin di antaranya dengan Ira Kazar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: mStar