Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya kini sudah selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkongsi perkembangan terkini dirinya itu menerusi InstaStories di laman media sosial Instagram miliknya.
“Okay since dah habis pantang ni, jom kita test, Daddy nak layan tak Mommy Lyla ni. Ke masa pregnant dulu je dia beriya?
“Yang mana satu nak suruh dia buat? Tolong pls? ASAM PEDAS EKOQ atau KURMA DAGING,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini turut berkongsi sekeping foto selepas selesai membuat pemeriksaan dan rawatan susulan di sebuah hospital yang terletak di sekitar ibu kota.
“Alhamdulillah everything is fine. Mommy can start working dah,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum selepas melihat susuk tubuh Scha yang kini kelihatan langsing meski baru sahaja tamat berpantang.
Ads
Sekadar informasi, Scha telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan memiliki seorang anak perempuan nama bernama Lara Alana, 7 tahun.
Foto: Instagram Scha Alyahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah hampir 15 tahun usia lagenda filem Puteri Gunung Ledang (PGL) ditayangkan termasuk dipersembah dalam versi teater, namun ia nyata masih mekar dalam ingatan para pencintanya.
Filem yang pernah mencipta fenomena ini pernah dipentaskan beberapa kali bermula sekitar tahun 2006 dulu.
Menurut pengarah dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, bintang ini memaklumkan dia bakal mengadakan teater muzikal PGL edisi terkini, Julai tahun hadapan.
Kongsi pengarah berusia 52 tahun ini lagi, teater muzikal ini diadakan bagi mengubati rindu penonton yang masih berminat untuk menonton kembali pementasan kisah lagenda berkenaan.
Bagaimanapun, Tiara akui untuk merealisasikan pementasan ini bukan satu perkara mudah.
“Memang tertekan hampir setiap hari menjadi igauan sebab kita tak tahu macam mana orang akan bandingkan ia. Akan tetapi, saya harap penonton akan menerima dengan baik.
“Kita pun kena move on…saya pun tak akan sampai umur 70 tahun pun nak jadi puteri lagi kan? Tapi saya rasa wajar untuk cerita Puteri Gunung Ledang ini diceritakan turun temurun.
“Bersama pelakon baru supaya ia segar sentiasa untuk genarasi muda. Bagi yang dah menonton dulu misalnya, mereka akan bawa pula anak-anak untuk tonton PGL versi baru supaya lagendanya akan berterusan.
“Supaya anak-anak kita membesar tidak sahaja kenal Cinderella, Moana…” kongsi Tiara bersama MH.
Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia kini rancak mencari pelapis pelakon baru untuk memegang watak Puteri dan Hang Jebat dalam pementasan berkenaan.
“Kita buka uji bakat untuk semua dan kepada yang bergelar pelakon ataupun penyanyi digalakkan sebab ini merupakan peluang satu dalam seribu.
“Saya harap semua tak segan silu untuk cuba kalau tak bila lagi you nak berlakon jadi Hang Tuah atau Puteri.
“Terbuka sama ada pelakon lama atau baru asalnya boleh ‘fit’ dengan wataknya” katanya lagi.
Terdahulu, Tiara ditemui di Trusmuda Hall, MaTiC, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sekadar informasi, sesi uji bakat bakal dijalankan secara online menerusi laman media sosial Instagram rasmi, @enfinitimy.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud, 59, bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah, Januari depan.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berharap generasi muda mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu sekiranya mahu bergelar anak seni yang berkualiti.
“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu,” katanya.
Ogy yang mencecah lima dekad pembabitan dalam dunia hiburan tempatan sedia diketahui sudah terbabit dalam semua cabang seni.
Menurut Ogy, pilihannya kini adalah mahu meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.
“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.
“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, baru-baru ini.
IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin.
Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak pernah melatah, pelakon Lisdawati Nazaruddin memilih untuk terus tenang menangani isu sensasi dunia hiburan, termasuk hal melibatkan suami iaitu aktor, Fauzi Nawawi.
Menurut Lisdawati, 44, dia selesa untuk mengunci mulut kerana lebih mengenali luar dalam, baik dan buruk suami.
“Segala kontroversi, fitnah atau aib suami, saya akan zip mulut… sebab saya lebih kenal suami saya luar dan dalam.
“InsyaAllah, kalau Allah SWT izinkan, biarlah hubungan kami kekal sampai tutup mata.
“Isu apa sekali pun, kalau ada yang komen, saya doakan mereka kembali ke pangkal jalan dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
“Bagi saya, Allah lebih tahu dan kita sebagai manusia, jangan buat kerja dia,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, Fauzi, 49, terpalit kontroversi terlepas cakap isu rogol menerusi satu program temu bual yang disiarkan tahun lalu.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga menafikan perkhabaran bahawa suaminya masih lagi diboikot produser, sebaliknya menyifatkan rezeki Fauzi kini semakin melimpah ruah.
“Alhamdulillah, dia (Fauzi) sampai tak menang tanganlah. Sehari hari pergi shooting. Sampai ada yang dia terpaksa tolak dengan baik.
“Saya percaya ramai penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat yang ada padanya.
“Saya pernah cakap dengan dia, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. InsyaAllah semua perkara akan dipermudahkan,” katanya.
Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga dengan Fauzi pada September 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya, 13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!