“Alhamdulillah, Happy Family,”- Gembira Tatap Foto Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Bercuti,Bawa Anak

Share

Suami Mia Ahmad, Izham Tarmizi muat naik foto dia keluarganya yang kini sedang bercuti di Tokyo.

Turut ada bersama tentunya anak mereka, Sayf Issa.

Susulan itu, netizen menyangkakan bahawa kedua-duanya telah berbaik.

Dalam pada itu, netizen juga turut mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia.

Sebelum ini, rumah tangga Mia dan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, dikatakan bergolak apabila pelakon drama Jejak Karmila memadam semua gambar bersama suaminya serta turut memuat naik beberapa entri sedih di laman Instagram.

Pasangan itu juga, baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka, September lalu.

Foto/Instagram: Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Published by
Khaleeda Rashikin