Satu perkongsian foto oleh personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, ‘instafamous’ berusia 32 tahun itu ada berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dikhabarkan sebagai kekasih hatinya, baru-baru ini di Instagram.
Tampil mengenakan persalinan sedondon dalam rona putih, ruangan komen pada entri berkenaan turut dihujani dengan usikan peminat dan rakan artis.
Malah ada di antara komen yang turut mendapar respon tuan punya pemilik akaun.
“Alhamdulillah. i finally found you after so many years. you’re actually just in front of me all this while,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati bersama tanda pagar, #mycrushwheniwas14.
Malah menerusi entri lainnya pula, mereka dilihat turut melakukan video bersama dengan melakukan parodi nyanyian ‘miming’ lagu Hindustan yang cukup sinonim dengan Kak Girl sebelum ini.
Terdahulu, Kak Girl mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru.
Bagaimanapun, mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata itu mengambil keputusan untuk bercerai Oktober tahun lalu.
Foto: Instagram Kak Girl Sebenar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI