Pelakon, Tasha Shilla mendedahkan dirinya kini sudah beransur pulih daripada dibelenggu masalah kemurungan.
Lantaran itu, pelakon tersebut telah berkongsi beberapa kaedah untuk mengenal pasti simptom awal penyakit tersebut di laman Instagram milknya.
“Since ramai yang DM & bertanyakan pada Tasha mengenai Depression( Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya. Ini tasha share info, nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.
“Inshallah,semuanya akan baik2. Sebarang pertanyaan anda Semua boleh contact @coachmuhammadfahmi
. Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri,” tulisnya.Tambah Tasha, setiap orang yang mengalami masalah kemurungan ini harus berjumpa dengan pihak pakar untuk megetahui tentang cara mengatasi masalah tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Tasha diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan supaya pelakon itu tidak bersedih lagi.
Sebelum ini, Tasha pernah mendedahkan dirinya menderita masalah kemurungan hampir dua tahun akibat tertekan dengan tekanan hidup.
Foto: Tasha Shilla