Tahniah diucapkan buat Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020 (AME 2020), pada Ahad.
Lebih istimewa, Haqiem turut membawa pulang trofi Penyanyi MeleTOP Era menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang sementara lagu Lembah Kesepian juga diiktiraf sebagai Lagu MeleTOP Era.
Juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana pula kekal disayangi para peminatnya apabila sekali lagi membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP 2020 bagi kategori wanita.
Selain itu, penyanyi yang mesra disapa Nana ini jug turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo bersama Khai Bahar.
“Jujurnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya disayangi sedemikian rupa oleh peminat, alhamdulillah dan bagi saya, ini semuanya rezeki.
”Saya hanya jadi diri-sendiri dan pada masa sama turut menjaga hubungan baik sesama peminat. Kalau boleh, saya mahu jaga hati semua peminat saya,” kata Nana kepada MH.
Menyifatkan penghargaan peminat sebagai satu hadiah teristimewa, Nana mengakui mereka hadir dari pelbagai situasi.
“Ada yang sudah ikuti perkembangan saya sebelum saya sertai GV lagi, ada yang mula minat sejurus saya tamat program tersebut.
“Malah, ada juga yang mula mendekatkan diri selepas saya terlibat dalam lakonan dan sebagainya. Lalu mereka kekal menyokong sehingga sekarang. Terima kasih,” katanya lagi.
Sementara itu, Syafiq Kyle tahun ini membawa pulang dua anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.
Ads
Kali ini, AME 2020 memperkenalkan dua anugerah khas yang didedikasikan kepada dua figura yang penting di negara kini, dalam situasi semasa pandemik Covid 19.
Anugerah Khas MeleTOP 2020 diberikan kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ebit Lew pula dianugerahkan dengan anugerah Anugerah Wira MeleTOP. Masing-masing turut disertakan dengan wang tunai RM10,000.
Bagi setiap kategori pula, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi dalam anugerah yang mengangkat tema Yang Epik Yang Legend ini.
AME2020 pertama kali dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan, berlangsung dalam norma baharu yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain pemenang, penonton turut diserikan dengan persembahan daripada Anuar Zain, Noraniza Idris, Shiha Zikir, Misha Omar, kumpulan Floor 88 dan ramai lagi.
Berikut senarai penuh pemenang AME 2020:
Top Top MeleTOP Grup/Duo : Khai Bahar & Siti Nordiana
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru sahaja kehilangan bapanya, Kamaruzaman Kamaludin, ada berkongsi sedutan video jenazah arwah bapanya disemadikan.
Posting menerusi Instagram dan turut boleh ditonton disaluran YouTube penyanyi Abang Nak Tegur itu nyata membuatkan banyak hati sebak.
Dalam linangan air mata, Aliff yang mengiringi jenazah bapa dengan mengenakan jubah putih kelihatan sugul dan sempat mencium jenazah sebelum disemadikan.
“Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang.
“Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur kri baru 7-8 tahun….kri x faham apa itu perpisahan…yg kri tahu kenapa abah dgn mak tinggalkan kri dgn kak yati dan arwah ani dikg…..Abah dan mak membawa haluan masing2….bina kehidupan masing,” tulisnya.
Pada masa sama, usahawan ini turut mengimbas kisah mereka sekeluarga.
“Kami duduk kampung…abah selalu datang naik motor bg duit RM 50-100 sebulan… utk kami walaupun abah x senang….kerja pengawal,bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa sisa nak bg anak merasa makan. Bila dapat gaji abah bawa kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg.Besar….Bahgianya waktu tu….gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji.
“Lepas abah kahwin lagi kri dapat duduk dgn abah 2-3 tahun…waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor…bila tgk orang ada basikal,kri meronta2 nak basikal sebab tgk orang lain ada…abah sanggup hutang ceti nak belikan kri basikal…(kri minta maaf kri x faham erti susah waktu tu)…..abah x pernah marah…….x pernah pukul kecuali sekali waktu kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bg abah sebab x ada duit…..tu pertama kali abah pkl kri.
“Abah ampunkan dosa2 kri
…..sebagai anak kri dan cuba bahgiakan abah dgn seikhlas hati dan termampu…walau abah x pernah minta x pernah mengeluh…abah x pernah burukkan orang…dalam pada orang selalu kata abah tu lembab x reti nak marah,apa orang kata abah diam.
“Hari ni kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah x ada dosa mencaci menghina…alangkah bahgianya kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah,baik budi,bicara bila perlu,x pernah buruk sagka dan burukkan orang…
“Sy memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilaj buat saya???? alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg??,” tulisnya panjang lebar.
Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang Selasa akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Thomson Hospital, Kota Damansara
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucaklakan takziah buat Aliff Seisi keluarga dan turut sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.
“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.
“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.
“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu
“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.
“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahmati isterinya yang tercinta itu.
“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.
“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.
“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.
Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, MH sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat anda yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Pastikan ‘Water Intake’ Penuhi Keperluan Badan
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, MH berharap agar anda dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.