Pelakon Saharul Ridzwan menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kurniaan zuriat di laman Instagram miliknya.
Hanya menitipkan kata-kata “Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” peminat dapat menebak isteri kepada pelakon ini telah selamat melahirkan anak kedua.
View this post on InstagramAlhamdulillah. Syukur Ya Allah. ❤️
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Di ruang komen, rata-rata netizen berteka-teki menyatakan pasangan itu menerima cahaya mata perempuan sementelah gambar yang dikongsikan berona merah jambu.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3 tahun.
Dia bagaimanapun masuh belum berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan. Tahniah buat Saharul seisi keluarga.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Dipermudahkan, Standby Je,” – Nad Zainal Maklum Dijangka Bersalin Anak Kedua Lagi 2 Minggu
Seperti umum mengetahui, pelakon jelita Nad Zainal kini sedang sarat hamil anak kedua dan sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata.
Di samping berkongsi foto ketika sedang menjalani pengambaran untuk satu jenama, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ada memaklumkan cahaya mata keduanya itu dijangka bakal bersalin lagi 2 minggu.
“2 more weeks to go, my maternity dress from @9months_maternity videoshoot for @masdaebak.hq,” tulisnya ringkas.
Kapsyen tersebut nyata mencuri perhatian peminat dan rata-ratanya mendoakan agar urusan bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu dipermudahkan.
Sekadar informasi, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 4 tahun hasil perkongsian hidup bersama.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Qi Razali Umum Keluar OAG; “Jangan Tanya Kenapa Aku Buat Keputusan Ni, Pilihan Adalah Untuk Kebaikan Aku.”
Kejayaan konsert ulang tahun ke-30 OAG yang berlangsung pada 25 Disember lalu menjadi detik terakhir perjalanan karier buat pemain drum mereka, Qi Razali yang nekad mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali Wong, 46, berkata dia berbuat demikian adalah demi kebaikannya sendiri.
“Okay, enough OAG, Qi is me again.
“Saya dah berfikir masak-masak dan buat keputusan. Itu (konsert ulang tahun ke-30 OAG) adalah persembahan terakhir saya untuk OAG.
“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini. Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau. Kekuatan band itu bukan pada drummer. So boleh sahaja ganti mana-mana pun.
“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau kalian support kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulis Qi.
Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turut memuat naik status mengatakan 2023 adalah tahun untuk dirinya menjadi seorang yang lebih ‘mementingkan diri sendiri’ dan enggan bercampur dengan individu yang berperangai toksik.
“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni. Aku ada hak. Ini hidup aku. Aku pilih jalan hidup aku. Lu stay lu punya lorong okay?
“Adakah sebab aku ni terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ni takde lagi ok? Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ni. Bye bye toxic people. Shoo… shoo.. go away,” tulisnya lagi.
Selain Qi, OAG yang popular dengan lagu Slumber dan 60’s TV ini turut dianggotai vokalis, Radhi, Nizam (gitaris), Nazrin (bassist), Izmir (keyboardist) dan Ammal Bellamy selaku gitaris dan vokalis sampingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Suruh Matikan Dia…” – Ramlal Terus Aktif, Zara Zya Percaya Ketentuan Maha Esa
Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.
Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.
“Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.
“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.
“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.
“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.
View this post on InstagramJANGAN TIRU AKSI INI ! @beshetik
A post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Foto : Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI