Pelakon Saharul Ridzwan menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kurniaan zuriat di laman Instagram miliknya.
Hanya menitipkan kata-kata “Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” peminat dapat menebak isteri kepada pelakon ini telah selamat melahirkan anak kedua.
View this post on InstagramAlhamdulillah. Syukur Ya Allah. ❤️
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Di ruang komen, rata-rata netizen berteka-teki menyatakan pasangan itu menerima cahaya mata perempuan sementelah gambar yang dikongsikan berona merah jambu.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3 tahun.
Dia bagaimanapun masuh belum berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan. Tahniah buat Saharul seisi keluarga.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Handsomenya Hangpa Berdua,”- Gandingan Gerak Khas, Norman Hakim & Zul Ariffin Segak Berunifom, Maskulin Habis!
Pelakon, Zul Ariffin dan Norman Hakim kini sedang sibuk menjalankan pengambaran drama bersiri Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam musim terbaru.
Lantas, Norman telah memuat naik sekeping foto di akaun Intagramnya itu yang melihatkan dia dan Zul segak beruniform polis.
View this post on InstagramBack on #GerakKhas shooting set #ACPHaris #InspAshraf ( behind the scene see #instastory )
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Difahamkan, Norman masih mengekalkan watak sebagai ASP Haris, manakala Zul memegang watak sebagai Inspektor Ashraf.
Lalu, netizen telah memuji kedua-dua figura kacak itu yang sangat sesuai memegang watak sebagai seorang polis dek fizikalnya yang tegap dan tinggi.
Selain itu, antara pelakon yang membintangi drama berkenaan seperti Abby Abadi, Sheera Iskandar dan Salina Saibi.
Malah, kembalinya salah satu watak ikonik, Tuan Saiful pastinya lebih menghangatkan lagi drama bersiri kepolisan ini!
Foto : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keseluruhan 18 Belon, ‘Veil’ 15 Kaki,” – Kain Layah ‘Terapung’ Mas Idayu, Rupanya 3 Hari Buat Latihan
Unik! Mungkin itu yang boleh diperkatakan apabila penyanyi Mas Idayu mengenakan ‘veil’ atau kain layah terapung bersama persalinan yang dipakai pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah premis acara, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Perancang perkahwinan yang juga pereka busana berkenaan, Anas Abdullah berkata, dia menggunakan 18 biji balon bagi menerbangkan kain layah terebut.
Malah, dia bersama ‘skuad cantiknya’ turut melakukan latihan bagi sesi tersebut selama tiga hari bagi memastikan ia berjalan seperti yang diharapkan.
“Bila Mummy (Mas Idayu) nak kahwin, saya bincang dengan dia nak buat sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain. Jadi, apa kita bincang adalah ‘veil’ terapung pertama di Malaysia. Hari ini terbukti, ‘veil’ berkenaan berjaya dipakai Mas Idayu.
“Keseluruhan ada 18 belon dengan ‘veil’ sepanjang 15 kaki. Selama tiga hari kami buat latihan dan percubaan untuk menerbangkan ‘veil’ ini. Alhamdulillah, malam ini berhasil.
“Memang penat, tapi Mummy cakap ia memang berbaloi. Sebab dia orang pertama yang pakai macam ni. Dia memang puas hati,” katanya.
Tambah Anas, kos gaun perkahwinan yang digayakan Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa mencecah sekitar RM12,000.
“Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak majlis perkahwinan yang ‘wedding of the year’. Jadi, bila Mummy nak kahwin kami memang sasarkan majlis ‘wedding of the year’.
“Apabila kami bagi pendapat, dia terima. Dia juga berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menguruskan semua majlis. Alhamdulillah, inilah hasilnya,” katanya lagi.
Pada majlis itu, dianggarkan 320 tetamu hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis, media dan kenalan.
Antara artis yang hadir ialah Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Fauziah Latiff, Datuk Hattan, Hazama, Black Hanifah, Johan, Ozlynn Wati, Liza Hanim, Nabil Ahmad, Amelina, Ieda Moin dan ramai lagi.
Turut hadir bintang dari Indonedia, Soimah dan penyanyi dari Singapura, Kak Ros.
Terdahulu, Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi, hari ini.
Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersemut Media Sosial, Macam-Macam Janji…,” – Isu Fitnah & Tikam Belakang? Fizo Omar Gesa Pemimpin Bersaing Secara Sihat Di PRU15
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kesemua parti politik yang bertanding kini sedang giat menjalankan kempen-kempen bagi memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.
Segala tindak tanduk mereka ketika ini sedang dinilai oleh rakyat bagi menentukan pemimpin mana yang benar-benar layak memimpin mereka untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Bagi pelakon dan pengacara, Fizo Omar pula, dia berharap agar PRU kali ini dapat menjadi medan buat para pemimpin untuk bersaingan secara sihat dan bukan hanya memberikan janji-janji kosong semata-mata.
“Bersemut di sosial media sehari dua ni. Macam-macam janji dan gula-gula yang dijanjikan bila tiba Pilihan Raya Umum ini.
“Tidak lari juga dari fitnah dan tikam menikam antara satu sama lain. Kami sebagai rakyat mengharapkan persaingan yang sihat dan contoh yang baik daripada pemimpin kami,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Malah, Fizo turut menyuarakan harapan agar sesiapa sahaja yang memenangi PRU15 nanti akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
“Tidaklah tuju kepada mana-mana pihak, tapi harapan kami sebagai rakyat supaya bukan sahaja janji manis tapi yg penting adalah perlaksanaan apabila dipilih dan diberikan kuasa.
“Gelaran Yang Berhormat adalah sepatutnya dihormati dengan jasa dan tugasan yg dilaksanakan. Earn our respect by your action! Selamat berkempen dgn cara yang sihat,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pandangan yang sama selain turut berharap agar suara-suara rakyat ini akan terus didengari oleh para pemimpin meskipun selepas PRU ke-15.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas suara tuan bagi pihak rakyat marhean.
“Harapnya sesiapa yang terpilih, berkerjalah dengan jujur dan amanah.
“Betul sangat Abe Jo. Janji kena tunaikan.
“Kami sokong sangat dengan kenyataan kamu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, hampir ke semua parti dilihat sudah pun mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU ke-15.
PRU ke-15 akan berlangsung pada 19 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI