Rapper dan usahawan, Caprice meluahkan rasa syukur kerana sudah pun selesai mengerjakan ibadah umrah.
Malah, Caprice turut berkongsi beberapa momen bermaknanya saat berada di tanah suci.
“Alhamdulillah just completed umrah. One thing this trip has taught me is to jaga solat no matter what.
“Jujur, caprice jarang sampai masjid awal kalau dekat KL. Kat sini… kita yang kejar azan siap sampai awal just to make alot doas and reflect on life. Maafkan kami.
“Goodbye Makkah for now.. im otw to visit our Rasullulah in Medina,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
Perkongsian tersebut nyata menerima reaksi yang pelbagai di kalangan para pengikutnya.
Menerusi posting sama, Caprice memaklumkan dirinya akan meninggalkan Mekah dan akan mengunjungi makam Rasulullah SAW di Madinah.
Terdahulu, Caprice ada berkongsi sekeping foto sebelum berangkat ke tanah suci serta turut memohon maaf buat semua andai ada khilaf.
Foto: Instagram Caprice