Tanggal 13 Februari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.
Mengabadikan ulang tahun tersebut, Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 40, berkongsikan gambar-gambar hari bahagianya bersama aktres tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi ruangan kapsyen, Fadzil turut mengimbas kembali momen ketika dia meminta izin daripada arwah bapa mentuanya untuk memperisterikan Yana.
“Tak berkelip mata abang (Fadzil) bila tengok balik kehenseman abang lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.
“Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, highway jem 14 jam ka, abang tak peduli.. walau seorang Utara, seorang Selatan.
“Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Februari 2015,” tulis Fadzil.
Menerusi posting itu juga, Fadzil yang merupakan adik kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu mendoakan agar rumah tangga yang dibinanya bersama Yana akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Know know dah lapan tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat.
“Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
“Nota kaki: kahwin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang,” seloroh Fadzil.
Untuk info, Fadzil dan Yana, 39, berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada berkongsi foto throwback sekitar tujuh tahun lalu, ketika dia sedang menanti detik untuk diijabkabulkan ketika perkahwinan pertama.
Mengenakan baju kurung moden dwirona putih dan ungu pastel hasil ilham pereka Rizman Ruzaini, pelakon drama Teratai Kemboja itu tampak ayu disolek juru mekap, Saidatulnisa.
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang kini menantik detik untuk disatukan sebagai suami isteri bersama tunang, pelakon Fasha Sandha memohon agar semuanya akan dipermudahkan.
“Kisah lalu April 2012. Namun make up dan baju ni masih in trend sampai sekarang. Rizman dan Kak Sai adalah insan2 yang hebat.
“Bila tengok gambar lama ni, macam2 perasaan, semoga Allah Permudahkan segalanya. Amin…sama tak muka ibu 7 tahun? tulisnya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November tahun lalu.
Terdahulu, Fasha Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Foto: Instagram FashaSandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menewaskan enam peserta lain, Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 5 (GV5).
Pada malam final, Noryn membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi Realiti itu membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
“Syukur, setiap yang Kau berikan ada rahmatnya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada juri, Astro, ibu bapa dan anak saya. Terima kasih pada rakan artis dan peminat yang menyokong.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara GV terbaru.
Sementara itu, Dia Fadila pula berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort serta piala Gegar Vaganza, di tempat kedua.
Tempat ketiga yang dirangkul Zamani membolehkan penyanyi ini membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, piala selain penginapan di Royal Chulan & Resort.
Tempat keempat yang diraih Amelina dan dia membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Hotel Royal & Resort dan pialala kemenangan.
Tempat kelima yang dimenangi Maya dan penyanyi Matahari ini berjaya memenangi wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan & Resort.
Manakala kumpulan duo, Billy Zulkarnain ditempat keenam sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan Datuk DJ Dave bersama Jow Flizzow dan bertindak sebagai sebagai juri jemputan.
GV5 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi oleh Zamani. Bintang ini sudah pun memenangi hadiah sama sebanyak tiga kali sepanjang GV5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.